[VIDEO] “Tak Elok Untuk Pesakit Kanser Sebab Dia Ada Gamat Dan Gula”- Elyana Terus Terang Kenapa Terpaksa Mengaku Minum Pamoga Masa Disoal DSV

Kecoh apabila penyanyi cantik, Elyana mendedahkan bahawa dia menghidapi kanser limfoma tahap ke-4 pada malam penyingkirannya dalam pertandingan Gegar Vaganza (GV).

Tidak hanya peserta GV, penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida (DSV) turut meluahkan rasa simpati kepada penyanyi Kalis Rindu itu.

Dalam temubual berkenaan DSV sempat mempromosikan produknya, Pamoga yang dikatakan membantu merawat kanser daripada tahap ke-4 sehingga tahap ke-2 sebelum menanyakan penyanyi Elyana mengenai kesan penggambilan Pamoga.

Elyana dalam video berkenaan memberitahu bahawa pengambilan Pamoga menyebabkan dia semakin bertenaga dan sebagainya. Rata-rata mempercayai kesan Pamoga ke atas pesakit kanser, tetapi ada juga individu yang mengecam pengusaha kosmetik berkenaan kerana mengelirukan orang ramai.

Video :

Namun tambah mengejutkan apabila Elyana melalui InstaStorynya yang terkini mendedahkan bahawa dia tidak pernah mengambil Pamoga sebagai makanan tambahannya dalam melawan kanser.

Loading...

“Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula..manis sangat. Orang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah try.

Hari tu akak cakap minum, biasalah depan kamera kita kadang-kadang orang berbudi kita berbahasa.

Tapi memandangkan orang tidak berbudi dan cuma berbahasa kat saya atas tu, jadi saya nak berterus terang di sini saya tidak minum. Masih ada lagi bukti..” katanya.

Tambah Elyana lagi kenyataannya ketika itu adalah untuk menolong usahawan berkenaan.

“Cakaplah dah dia tanya minum ke tak, takkan nak cakap tak minum, tak bagus. Kita nak menolong.

Tapi bila dia cakap saya macam ni, macam ni. Tak kuasalah aku nak menolong orang macam tu..” tambahnya lagi.

Video :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : EraViral via LimauManis

Loading...
Shares