Takut Ditinggalkan Kekasih, Lelaki Ini Gemukkan Teman Wanita Kerana Cemburu

Sikap  cemburu seorang teman lelaki di China yang sengaja mengemukkan teman wanitanya sehingga 88kg dengan menghidangkannya pelbagai makanan setiap hari menjadi perbualan orang ramai terutamanya di media sosial China.

Difahamkan, You Pan, 25 setiap hari membelikan makanan ringan untuk teman wanitanya, Yan Tai supaya berat badan wanita berkenaan naik.

Tindakan ini diambil oleh lelaki tersebut agar teman wanitanya tidak dipandang oleh lelaki lain.

Memetik laporan Metro. Uk, wanita yang cantik itu dikatakan mempunyai tubuh badan yang ramping sebelum ini.

Tetapi, selepas dua tahun mengenali teman lelakinya,  berat badan wanita berkenaan bertambah dua kali ganda.

Menurut You Pan, dia berbuat begitu supaya teman wanitanya tidak akan meninggalkan dia untuk lelaki lain.

Loading...

Cinta luar biasa pasangan ini bukan sahaja menarik perhatian rakyat China, tetapi juga masyarakat dunia.

Menurut jiran mereka, Yi Chiang, memang sukar untuk dia percaya bahawa berat badan gadis itu naik sebegitu tinggi.

Rupa terkini Yan Tai selepas proses ‘transformarsi’

“Memang sukar untuk dipercayai, tetapi walaupun berat badan Yap sudah naik, dia tetap cantik, ” kata jirannya.

Sementara itu, pelbagai reaksi diluahkan oleh netizen di laman Twitter di mana terdapat  sesetengah pengguna berpandangan perbuatan lelaki itu sebagai tidak masuk akal dan seolah-olah mendera wanita itu.

 

Sumber Taikotai.tv

Loading...

One thought on “Takut Ditinggalkan Kekasih, Lelaki Ini Gemukkan Teman Wanita Kerana Cemburu

Comments are closed.

Shares