Tahniah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Dilantik Duta Lancôme

Melalui akaun Instagramnya, Neelofa mengumumkan gembira kerana menjadi duta berhijab pertama untuk jenama antarabangsa itu. Utusan Online juga melaporkan, ia adalah satu lagi jenama di mana Neelofa berperanan sebagai duta, disampik jenama kristal Austria, Swarovski.

Ujar Neelofa:

Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tak pernah termimpi untuk dilantik sebagai duta kepada Lancome.

 

 

Neelofa juga mengakui telah lama menggunakan produk mewah Lancome:

Loading...

Saya memang peminat dan menggunakan Lancome sejak dulu lagi. Saya tak sabar untuk berkerja dengan Lancome dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.

Alhamdulillah, saya terkejut dan tidak sangka akan dilantik sebagai duta kepada jenama kosmetik bertaraf antarabangsa ini. Rasa bertuah dan bangga diberi peluang ini

Neelofa juga dikatakan bakal berlepas ke Paris untuk menunaikan tanggungjawab sebagai duta jenama terkenal tersebut.

Sekalung tahniah diucapkan buat Neelofa atas pelantikan sebagai Duta Lancome.

 

Sumber beautifulnara

————————————————-

 

Artikel Menarik Yang Lain

Bunga Citra Lestari Sambut Hari lahir Anak Bertemakan Harry Potter

Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan pasangannya Ashraf Sinclair  telah mengadakan sebuah majlis besar-besaran dan meriah bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke tujuh buat anak lelaki kesayangan mereka iaitu Noah.

Majlis yang sememangnya cukup meriah itu telah hadiri keluarga, teman-teman rapat dan ibu bapa Bunga, menghangatkan lagi suasana sambutan hari jadi pada hari Ahad yang lalu.

Mungkin kerana Noah terlalu sukakan Harry Potter, Bunga dan Ashraf telah sepakat memilih filem popular tersebut sebagai tema bagi majlis sambutan hari jadi anaknya.

Menerusi entri di Instagram milk Bunga, beberapa foto dikongsikan dengan peminatnya. Noah yang menyerupai Harry Potter dengan memakai kaca mata bulat dan memegang tongkat sihirnya sepanjang acara majlis itu berlangsung.

Noah juga kelihatan amat gembira sekali bermain dan berseronok bersama rakan-rakan yang turut menyarungkan busana filem popular itu.

Selain itu, di ruangan komen di laman instagram milik Bunga juga turut dipenuhi dengan ucapan selamat hari jadi dari para peminat yang tidak putus-putus memuji kecomelan dan telatah Noah yang sentiasa mencuit hati itu.

Perkongsian pelantun lagu Wanita Terbahagia itu telah menerima lebih daripada 30,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata Bunga mirip karakter Bellatrix Lestrange. Sama dengan suaminya, memilih karakter Sirius Black.

Jom lihat beberapa gambar Noah di sepanjang majlis sambutan hari jadinya.

Sumber MediaHiburan

——————————————–

Artikel Menarik Yang Lain

Kreatif! Selendang Vivy Yusof Inspirasi Dari Kuih Tradisional

Bercakap mengenai Duckscarves, sebuah jenama selendang dan pakaian wanita, siapa sahaja yang tidak kenal bukan?

Jenama Duckscarves milik Datin Vivy Yusof mempunyai peminatnya tersendiri dan tidak hairanlah jika ada diantara wanita diluar sana sanggup berbaris panjang dan menghabiskan wang demi mendapatkan selendang dan shawl edisi khas dan terbaru dari Duckscarves.

Terbaru,Vivy Yusof telah mengeluarkan tiga rekaan terbaru scarf mereka yang berinspirasikan kuih tradisional melayu iaitu Kuih Koci, Kuih Lapis dan Seri Muka.

Sesuatu yang unik dan cantik! Malah untuk pengetahuan anda, keluaran baharu ini baru sahaja dikeluarkan beberapa hari yang lepas namun ianya hanya tinggal beberapa stok sahaja.

Hebat sungguh penangan Duckscarves ini! Laris bak pisang goreng. Menariknya lagi, disetiap jenis scarf tersebut turut diselitkan resipi kuih mengikut jenis berkenaan.

Selepas inspirasi dari mercu tanda Malaysia, Kuih Tradisional , agaknya apakah tema keluaran yang akan datang ya?

Sumber Instagram Duckscarves melalui Alternatif3s

 

Loading...

One thought on “Tahniah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Dilantik Duta Lancôme

Comments are closed.

Shares