Setelah Menghabiskan Masa 4 Tahun, Akhirnya Kucing Liar Pasir Ini Berjaya Dirakam

Buat pertama kalinya, setelah empat tahun penyelidikan dilakukan akhirnya “kucing pasir” ditangkap pada kamera untuk gambar yang sulung.

Anak-anak kucing yang berumur antara enam hingga lapan minggu dapat dilihat oleh sebuah organisasi yang digelar Panthera. Mereka telah menghabiskan kira-kira satu jam untuk mengambil gambar anak kucing sebelum menjejaki kucing betina yang dipercayai ibu kepada anak-anak kucing tersebut. Pasukan yang diketui oleh ahli biologi Gregory Breton dan Dr. Alexander Sliwa, melihat anak kucing ketika mereka ingin kembali ke kem di Gunung Sahara, Maghribi pada April tahun ini.

Dengan menggunakan “nightvision” mereka sendiri tidak mempercayai apa yang telah mereka lihat. Kata Breton ” Operasi mencari anak kucing ini sangat mengagumkan, dan kami percaya ini adalah kali pertama para penyelidik pernah mendokumentasikan kucing pasir liar di Afrika.” Pengarah urusan Panthera Perancis.

Kucing pasir adalah satu-satunya spesies kucing yang mampu hidup di padang pasir dan mereka hanya boleh ditemui di Afrika Utara, Timur tengah dan Asia tengah. Tetapi malangnya spesies seperti ini sangat susah untuk dijumpai kerana keupayaan mereka untuk mengelak dari pengesan. Hanya dapat dikesan melalui jejak kaki mereka di pasir. Anak kucing ini akan bergerak pada tempat yang gelap jadi hakikat bahawa pasukan itu dapat merakam rakaman anak kucing ini sangat mengagumkan.

Loading...


Sumber www.panthera.org melalui NakBebel

Loading...
Shares