Senior Dedah Perangai Suka Membuli Zuhairi Sejak Zaman Sekolah

Penulis pernah menulis mengenai sikap suka membuli di kalangan pelajar sebenarnya diwarisi dari senior mereka.

Perkara ini sudah berlaku di Malaysia berpuluh tahun lamanya di sekolah-sekolah biasa mahupun sekolah-sekolah berprestij yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang.

Seorang yang suka membuli biasanya mempunyai sejarah pernah dibuli dan membuli. Bagi kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, 21, suspek utama pembunuhan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, sikap ini boleh diperhatikan sejak bersekolah di sebuah seolah berasarama  penuh terkenal di Ipoh.

Amsyar Malek, seorang pengguna Twitter, memberitahu dia ialah senior Zuhairi di sekolah itu dan katanya, Zuhairi memang sudah memukul sejak di zaman sekolah menengah.

Aku kecewa

Balasan tuhan

Sampai hati

Loading...

Memang perangai baran gengster

Sebelum ini, terdapat pihak yang mempertahankan Zuhairi, mendakwa mengenali pemuda itu sejak tadika dan berdasarkan apa yang dikenali pada Zuhairi, baginya tidak mungkin Zuhairi mencederakan sesiapa.

Bagi penulis, membuli adalah satu pusingan yang kejam. Orang yang membuli biasanya  pernah dibuli dan mengamalkan sikap, “mana boleh aku seorang yang kena teruk, kau pun mesti kena.”

Mereka yang melaporkan kejadian buli biasanya dipulaukan di sekolah menyebabkan ramai lebih suka berdiam diri ataupun bertukar sekolah. Mereka yang melaporkan kejadian buli sering dianggap ‘lembik’ dan ‘kaki mengadu’.

Namun kini, mungkin sudah tiba masanya anda memecahkan pusingan itu. Anda pernah dibuli? Maka berhenti di situ, jangan lakukannya pada orang lain. Adukan jika anda dibuli atau melihat rakan anda dibuli.

Mungkin tindakan seperti ini di masa hadapan dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

 

Sumber: AmazingNara

Loading...
Shares