Selepas Dira Abu Zahar ‘Sound’ Fathia Latiff, Ini Respon Panas Rakan Selebriti

Rata-rata rakan selebriti dan netizen menyelar komen lantang Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar yang seakan menidakkan hak selebriti bersuara tentang isu politik.

Mereka membangkang pendirian Dira kononnya selebriti tidak harus masuk campur dalam hal di luar bidang mereka.

“Bila artis bersuara, mulalah mereka guna ‘template’ yang sama untuk hentam artis itu cukup-cukup iaitu satu, artis itu akan dilabel pro-pembangkang. Dua, “bukan bidang kau jadi jangan nak pandai-pandai”. Tiga, dah sendu jadi nak cari publisiti murahan,” respon penyanyi Adibah Noor menerusi laman Twitter.

“Tolonglah! Jangan cakap “orang hiburan jangan masuk campur sangat hal ehwal politik”. Mereka bayar cukai juga,” tulis personaliti televisyen, Daphne Iking..

Ramai beranggapan Dira tidak wajar mengeluarkan kenyataan berkenaan memandangkan dirinya juga adalah seorang artis yang dikenali.

Malah, mereka berkata, tidak salah selebriti yang juga rakyat Malaysia mengeluarkan pandangan masing-masing selagi tidak melampaui batas dan bertentangan dengan undang-undang.

“Satu yang saya masih tercari-cari jawapan. Bila satu persoalan dikeluarkan, yang dibalas adalah kecaman. Kenapa susah sangat ‘macai’ ini nak jawab. Takkan nak bagi soalan objektif. Jawab dengan berhemah tak boleh ke? Artis tanya saja tu,” cetus sutradara Ahmad Idham pula.

“Pemikiran ‘jika anda tidak bersama kami, anda adalah penentang kami’ ini haruslah dihentikan. Kami adalah rakyat yang membayar cukai. Kami ada hak. Kami seharusnya mempunyai hak bersuara untuk negara kami yang tercinta tak kira apapun bidang pekerjaan kami,” tegas pelakon Sharifah Amani di laman mikro itu.

Loading...

Terdahulu, Dira menyelar aktres Fathia Latiff kerana bersuara lantang tentang isu politik di laman sosial.

Namun, Fathia menerusi kenyataan balasnya menganggap setiap manusia mempunyai hak untuk bercakap sebagaimana Dira yang berhak mengkritik dirinya.

Sumber berita: Media Hiburan via Iluminasi

Loading...
Shares