“Sedih Apabila Gambar-Gambar Yang Ada Hilang” – Instagram Digodam, Janna Nick Luah Rasa Sedih

TAK tahu la nak gambarkan macam mana perasaan bila akaun Instagram yang sudah mempunyai jutaan followers digodam dan bukan lagi milik kita dalam sekelip mata!

Inilah perkara yang berlaku kepada pelakon terkenal, Janna Nick yang menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila akaun peribadinya digodam sejak semalam.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, akaun tersebut tidak boleh diakses dan mengakui berasa sedih serta terkilan berhubung perkara itu.

“Akaun Instagram saya tidak dapat diakses pada petang semalam (Khamis) dan dipercayai digodam.

“Sedih apabila gambar-gambar yang ada hilang kerana di situ laman saya berkongsi banyak perkara dengan peminat.

“Sekarang ini, saya dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut,”katanya memetik mStar Online.

Bagaimanapun, hasil tinjauan MYNEWSHUB di Instagram milik Janna, hanya ada dua keping gambar yang dimuat naik oleh individu yang menggodam akaun berkenaan, itupun gambar-gambar yang mungkin Janna sendiri secara peribadi tak akan muat naik di media sosial!

Loading...

Perkara ini dilihat mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen di mana rata-rata antara mereka menghentam teruk penggodam berkenaan.

Nampaknya, sekarang ini semakin ramai selebriti yang menjadi mangsa penggodam siber. Haih…Kepada Janna diharapkan bertabah la ya! – MYNEWSHUB.CC/AM

Sumber BeritaSteady

Loading...
Shares