Saya Tak Boleh Berhadapan Dan Jumpa Mak Mertua. Dia Akan Mencari Kesalahan Saya Yang Membuatkan Saya Dan Suami Bergaduh. Saya Dipukul Dengan Teruk. Selepas Beberapa Tahun..

Assalamualaikum..Salam perkenalan.Saya nak berkongsi pengalaman saya. Saya berkahwin seawal usia 19 tahun dan suami berusia 28tahun. Perbezaan umur 9 tahun membuat kan saya yakin dan selamat bila ambil keputusan hidup bersamanya.Saya anak sulong dari 5 beradik dan dia pulak anak sulong dari 10 beradik.kiranya umur saya tu sebaya adik dia no 6.

Saya bekerja sebagai penjawat awam (kontrak) dia kerja di sebuah bank.Selepas berkahwin saya tinggal dirumah mertua dan bersama adik² dia seramai 10 orang. 5 orang dah bekerja. Semua belum kahwin. Saya menantu pertama dalam keluarga tu.

Seawal usia perkahwinan saya 3bulan. Saya dah dipukul. Puncanya sebab nak balik beraya umah Mak saya di selatan tanah air. Semenjak kahwin maksudnya dah 3 bulan saya tak pernah jumpa family saya sampailh saya minta izin nak beraya bersama. Dia izinkan sampai masanya. Mak mertua tak bagi kami balik alasannya saya tak berhak menentukan hidup anaknya.pergaduhan terjadi. Saya dipukul dgn teruk..Selepas kejadian tu saya jd murung Dan tertekan.

Saya tak boleh berhadapan dan jumpa mak mertua.Dia akan mencari kesalahan saya yang membuatkan saya dan suami bergaduh. Saya ambil keputusan berhenti kerja dan balik ke rumah Mak ayah saya. Masa tu baru dapat tahu saya pregnant. Dia datang minta maaf dan berjanji mulakan kehidupan baru dan mencari tempat tinggal lain. Tapi tu semua hanya janji. Saya kembali tinggal serumah ngan mertua. Apalagi masa tu saya tidak bekerja. Banyak masa dirumah. Banyak memendam rasa.

Mesti best kan pengalaman orang mengandung. Tapi saya tak. Mak mertua belum sedia terima cucu. Suami belum sedia nak ada anak. Korang rasa tak apa yang saya rasa? sedih, bingung. Rasa hidup takde makna. Hari² menangis. Bila rasa anak gerak. Hanya Allah yang tahu bertapa bersyukur nya kurniaan Allah. Berserah segalanya. 9 bulan berlalu. Lahirlah seorang Puteri.seorang anak,seorang cucu tanpa persiapan apa². Sedih sgt.

Alhamdulillah selepas lahir rezeki anak. Kelengkapan semua ada hasil pemberian kawan². Saya berdoa semoga kelahiran ni dapat merubah segalanya. Syukur…nampak juga perubahan.tapi hanya sementara. Betul orang kata Kalau sayangkan rumahtangga lebih baik jangan duk serumah dengan mertua.tak sampai 6 bulan. Berlaku lagi selisih faham. Saya betul² tak boleh sabar.

Dia hanya pandai berjanji tp takde pun usaha.kami gaduh.saya dipukul teruk.masa tu saya betul² nekad keluar dr rumah. Saya bawa anak usia 6 bulan keluar sehelai sepinggang. Niat kerana Allah. Alhamdulillah saya berjaya kluar dan balik ke rumah family saya. Laporan Doktor dibuat dan bawa kes ke pejabat agama. 2 tahun turun naik mahkamah akhirnya saya dilepaskan. Saya mulakan kehidupan baru.. Anak family saya jaga. Saya sambung belajar. Sekarang saya dah berkerja sebagai penjawat awam.

Anak Alhamdulillah sekarang umurnya dah 14 tahun. Sgt² bijak dan sentiasa cemerlang dlm akademik. Dari umur 6 bulan sampai sekarang tiada sebarang nafkah dr seorang ayah. Tidak mengapa.Allah Maha mengetahui. Semoga 1 hari, dia sedar ada tanggungjawab yang telah diabaikan. Kepada sahabat², jangan sedih dengan apa yang berlaku.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Loading...

Sumber KRT

Loading...
Shares