“Saya Pun Tak Perasan” – Anak Angkat Alif Syukri Sering Menangis Waktu Malam, Bila Diperiksa Rupa-Rupanya..

Seperti yang kita semua tahu, Dato’ Aliff Syukri merupakan seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya. Sikapnya yang sukakan kanak-kanak itu membuatkan dia mengambil dua orang bayi untuk dijadikan sebagai anak angkat. Bayi lelaki diberi nama Qayyum, manakala bayi perempuan diberi nama Ameena.

Jika korang mengikuti perkembangan Aliff Syukri dan isteri di instagram, pasti tahu Qayum sering menangis pada waktu malam. Ramai yang bertanya kenapa dan ini jawapan Datin Shahida.

Qayum asyik menangis pada waktu malam

Penangisan sgt baby ni..

A post shared by Babyterlajaklaris (@babyterlajaklaris) on Nov 30, 2017 at 7:27am PST

Ramai nak tahu kenapa qayyum selalu menangis terutama waktu malam…sebenarnya saya pun x perasan di kepala dia ada satu bonjolan lembik mcm berisi air..lepas cukur baru perasan… . Sebenarnya benjolan tu adalah darah beku di kepala yg berlaku kepada bayi2 yg tersangkut lama di pintu rahim…biasanya ibu2 yg melahirkan anak sulung kerap terjadi sbb x tahu nak teran..bonjolan tu biasanya akan berdenyut terutama waktu malam sbb tu qayyum akan nangis…mula2 risau tapi doktor cakap dia akan sembuh cuma ambik masa sbb darah tu akan turun dan menjadikan bilirubin meningkat dan seterusnya kuning dia akan menjadi kuat….so pastikan dia kerap susu dan kerap berak dan cek darah dia 2 hari sekali utk pastikan bilirubin dia semakin menurun….. . ALHAMDULILLAH dr cakap benda ni tidak serius dan perlu sedikit perhatian dr parents..

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on Dec 4, 2017 at 9:05pm PST
Ada benjolan lembik di kepala

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik Datin Shahida, kepala Qayum ada sedikit benjolan dan lembik. Benjolan itu sebebabkan oleh kepala bayi yang tersangkut di pintu rahim semasa ibu meneran. Perkara ini kebiasannya berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Menurut Datin Shahida lagi, benjolan itu adalah darah beku dan akan berdenyut terutamanya pada waktu malam. Sebab itulah Qayum asyik menangis je.

Oh macam tu ke? Adui kesian Qayum. Diharapkan Qayum cepat sembuh dan membesar dengan sihat. Comel je kan dua orang anak angkat mereka ini?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Loading...

 

Sumber : Shahida Dherbs via SoyaLemon

Loading...
Shares