Respon Netizen Bila Paris Hilton Dakwa Dia & Britney Spears Cipta Selfie..

SOSIALIT dan pewaris rangkaian hotel Hilton, Paris Hilton telah membuat satu kenyataan di Twitter mendakwa dia dan penyanyi Britney Spears merupakan manusia pertama mencipta ‘selfie’ pada 2006.

“11 tahun lalu hari ini, saya dan Britney mencipta selfie!,’’ tulisnya pada 19 November lalu berserta gambar selfie dia dan Britney.

Tidak pasti sama ada dia menulisnya secara sedar atau tidak tetapi pengguna Twitter enggan membiarkan Paris ‘syok sendiri’ dengan kenyataannya itu.

Mereka membalas kenyataan itu dengan respon berserta bukti selfie yang dirakamkan terlebih awal termasuk selfie oleh nenek moyang mereka berabad lalu!

Selebihnya mereka menunjukkan gambar selfie oleh bintang terkenal yang telah lama wujud seperti Frank Sinatra, Joey and Chandler, Mr Bean, and Paul McCartney.

Lihat respon mereka yang agak lucu dan sarkastik di bawah:

Loading...

 

 

Lain kali Google lah dulu sebelum membuat sebarang kenyataan berbentuk fakta, kan dah kena hentam beramai-ramai.

 

Sumber KLICK.MY

Loading...
Shares