Resepi Tauhu Bergedil Ayam Yang Sangat Sedap Dan Pantas

Resepi Tauhu Bergedil Ayam

Hiris nipis bawang merah & bawang putih. Cuci bersih & toskan kering.

Gaul dengan garam & tepung gandum/jagung/beras. Sy guna tepung gandum.

Goreng dalam minyak penuh. Goreng sikit sikit supaya bawang tak bergumpal. Minyak kena panas, api sederhana sebab takut hangus. Toskan. Dah sejuk simpan dalam botol.

Loading...

Sekarang buat inti pulak. 3 ulas bawang putih, tumbuk & goreng sekejap.

Rebus kentang dan lecek hancur. 7 biji kentang.

Rebus ayam & carik halus. 3 ketul dada ayam.

Satukan isi ayam + kentang + bawang putih + lada sulah + garam.

Gaul rata.

Tauhu Pok gunting bentuk X dan sumbat inti tadi sampai penuh.

Pukul telur dengan lada sulah + garam.

Celupkan tauhu.

Goreng tauhu & toskan

Potong dua.

Untuk Sos guna resepi Sos Yong Tau Fu (sos hitam + sos merah)

Tumis 4 ulas bawang putih. Masukkan 1 cawan cili kisar, tumis sampai pecah minyak. Masukkan 1 cawan sos cili, 1/2 cawan sos tomato, 3 sudu besar sos tiram (sy guna sos seafood) & kicap pekat (ikut warna yg di sukai). Masukkan 1/2 cawan gula kabung/gula Melaka, 2 sudu besar asam jawa dan 1 1/2 cawan air. Untuk pekatkan sos boleh tambah bancuhan tepung jagung. Tabur bijan yg di sangai.
*tak letak garam.

Tabur bawang goreng & cili api potong.

 

 

Sumber: abangterlajaklaris

Loading...
Shares