Purata 4 Kanak-kanak Hilang Dalam Masa Sehari. Kes Kanak-kanak hilang makin kritikal di Malaysia

KUALA LUMPUR – Mengejutkan dan menggemparkan! Malaysia yang sering diungkapkan masih aman, tetapi realitinya tidaklah aman seperti yang disangka-sangka.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan bahawa, 723 laporan kes kanak-kanak hilang dalam masa 181 hari iaitu antara Januari 2017 hingga Jun 2017. Secara puratanya, empat kanak-kanak dilaporkan hilang dalam tempoh enam bulan awal tahun ini, lapor The Star.

Penolong Pesuruhjaya Ong Chin Lan, daripada Seksyen Penyiasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, beliau memberitahu kepada The Star, separuh daripada kes kehilangan adalah disebabkan menginginkan kebebasan yang memberontak hingga melarikan diri.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh PDRM,  723 kes melibatkan 447 mangsa wanita dan 276 lelaki, manakala 345 kes telah berjaya dijumpai tetapi seramai 378 kanak-kanak masih hilang sehingga hari ini.

Memetik laporan The Star, Ong Chin Lan berkata, “Keperibadian mereka berubah apabila mereka sampai ke sekolah menengah dan secara psikologi, mereka melalui perubahan hormon dan mula mengalami libido.”

Atas dorogan ini, para remaja mula mempunyai pendirian tersendiri dan merasakan perlunya menjadi diri mereka yang sendiri.

Kebanyakkan kes remaja hilang terdiri daripada remaja wanita yang berusia 13 hingga 15 tahun. Menurut beliau, atas dorongan “kebebasan”, remaja wanita sanggup meninggalkan rumah dengan orang asing yang dikenali melalui laman-laman sosial.

Laman sosial Wechat dan Facebook merupakan medium popular yang digunakan remaja zaman kini dan kebanyakan kes jenayah juga bermula daripada sini. Ong menasihati  ibu bapa supaya meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti dan penggunaan gajet oleh anak-anak.

Loading...

Hal ini bagi memastikan, mereka tidak mudah terpedaya orang tidak dikenali dan sedar segala aktiviti mereka akan dipantau. Beliau menambah, komputer riba perlulah diletakkan di tempat yang mudah ibu bapa untuk melihatnya seperti di ruang tamu.

Ibu bapa turut dinasihati memeriksa dan mengenali dengan siapa anak-anak mereka berkawan, kerana kebanyakan kes berlaku disebabkan ibu bapa tidak mengenali kawan-kawan anak mereka.

Mengetahui media sosial penting dalam zaman kini, PDRM telah bekerjasama dengan Facebook paa November tahun lepas melalui National Urgent Alert  (NUR) supaya apa-apa kes kehilangan atau penculikan dapat disebarkan kepada pengguna media sosial.

Portal Kanak-Kanak Hilang ( https://knk2hilang.rmp.gov.my/ ), juga diguna pihak polis untuk menyebarkan gambar dan maklumat kanak-kanak hilang supaya masyarakat umum turut boleh memberi kerjasama.

Kes kehilangan yang kritikal ini perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh masyarakat dan pihak berkuasa. Ibu bapa perlu mengingatkan pengawasan penggunaan gajet terhadap anak-anak bukannya bersifat mengongkong tetapi demi keselamatan mereka.

Sumber Era Baru

Loading...
Shares