Polis menunaikan hasrat sebelum mati seorang kanak-kanak perempuan

Jabatan Polis Denver menunaikan hasrat seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun, Olivia Gant.

Olivia disahkan mengalami gangguan saraf. Dia kembali ke rumah selepas sebulan dimasukkan di hospital.

“Ususnya gagal berfungsi”, kata ibu kepada Olivia, Kelly Gant kepada Jabatan Polis Denver.

Olivia membuat satu senarai yang perlu dibuat semasa dia masih hidup. Salah satu ialah untuk menangkap penjenayah bersama pihak polis.

Jabatan Polis Denver menunaikan salah satu hasrat itu dengan mengenakan uniform polis kepada Olivia dan dibawa menaiki kereta peronda bersama dengan seorang pegawai polis.

“Apabila saya sakit, kami kerap memanggil 911 untuk mendapatkan  ambulan”, terang Olivia. “Setiap kali ambulan datang, pihak polis akan datang membantu”

Sumber: Humankind

Loading...
Loading...
Shares