Pelancong Terkandas Di Lapangan Terbang Disebabkan Gambar Pasport Tidak Sepadan Selepas Menjalani Pembedahan Plastik

Korea Selatan merupakan syurga bagi pelancongan pembedahan plastik. Hal ini kerana kepakaran prosedur pembedahan plastik yang diamalkan oleh mereka. Jadi, tidak hairanlah ramai orang yang akan ke sana semata-mata untuk menambah baik ciri-ciri di wajah mereka.

Seperti yang kita ketahui, sesudah sahaja pembedahan plastik dijalankan, badan dan wajah yang dibedah memerlukan sesuatu tempoh khas untuk sembuh sepenuhnya. Tetapi, terdapat beberapa pelancong dari China tidak mengambil berat proses sesudah pembedahan dijalankan.

Sumber: SBS

 

Menurut Apple Daily, terdapat sebuah gambar yang menunjukkan 3 orang wanita dari China yang menerima banyak perhatian di Weibo ekoran terkandas di sebuah lapangan terbang. Kenapalah agaknya?

Oleh kerana masyarakat di China sedang menikmati musim cuti Golden Week, maka wanita-wanita itu mengambil peluang untuk bercuti bagi memperbaiki wajah mereka menerusi pembedahan plastik.

Selepas melihat gambar ini, pasti anda dapat mengagak apa yang menyebabkan mereka ditahan oleh pihak imigresen – Mereka kelihatan seperti teruk dibelasah! Dengan bengkak-bengkak pada muka dan dibalut dengan kain kasa, pelancong ini duduk di lapangan terbang sambil memegang pasport mereka, dan tidak berjaya melepasi pemeriksaan imigresen.

Sumber: Now News

 

Barangkali pihak imigresen tidak dapat memastikan identiti mereka ekoran daripada muka mereka yang bengkak akibat pembedahan plastik. Sudah tentulah mereka kelihatan berbeza dengan gambar asal di pasport mereka. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai pilihan dan hanya duduk menunggu pihak imigresen mengesahkan identiti mereka.

Loading...

Sebaik sahaja gambar itu tular di media sosial, orang ramai ada yang ketawa, bahkan ada juga yang bersimpati dengan nasib mereka. Ada yang berkata “Muka bengkak-bengkak begini, ibu kamu pun belum tentu dapat mengecam kamu”. Ada juga yang berkata “Maafkan saya kerana ketawa, saya tidak bermaksud untuk mentertawakan kamu tetapi lihatlah muka kamu”.

Sumber: Fashpow

 

Ada juga yang berpesan “Lain kali, jika ada sesiapa yang mahu menjalani pembedahan plastik, ambil kira waktu sembuh selepas pembedahan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku”. Seorang lagi pengguna memberikan komen “Korea Selatan perlu mengimplimentasi suatu kaedah yang dapat mengesahkan identiti, contohnya imbasan retina”. Tetapi, bagaimana jika mata pula yang mengalami bengkak?

Kasihan mereka ini. Keadaan muka yang bengkak memberikan mereka ketidakselesaan dan merupakan satu pengalaman yang buruk kepada mereka. Walau bagaimanapun, kisah ini dirasakan dapat memberikan pengajaran buat sesiapa sahaja yang berminat untuk melakukan pembedahan plastik.

Sumber EraBaru

Loading...
Shares