Pedofilia! Lelaki ini berjaya tangkap 4 lelaki Nepal yang menyimpan ratusan gambar dan video kanak-kanak termasuk anaknya

Lambakan pendatang asing sama ada secara sah atau tidak sememangnya menimbulkan keresahan kepada masyarakat tempatan. Kita semua risau soal keselamatan diri terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak yang seringkali melibatkan kes gangguan seksual dan sebagainya.

Seorang netizen bernama Al Irfan Jani telah kongsikan pengalamannya sendiri berhadapan dengan empat orang lelaki dipercayai warganegara Nepal yang bertindak merakamkan aktiviti anaknya sedang bermain secara senyap-senyap.

Irfan mendakwa anaknya hampir menjadi mangsa pedofilia oleh warga asing tersebut.

Sewaktu sedang membawa anaknya bermain taman permainan di dalam sebuah pasaraya, Irfan menyedari sekumpulan lelaki warga asing tersebut seperti sedang merakamkan kegiatan anaknya yang sedang bermain.

Daripada sudut dan gaya mereka memegang telefon, Irfan percaya bahawa kelakuan anaknya sedang dirakamkan secara curi-curi.

Lantaran itu, Irfan meminta isterinya membawa anak mereka, Amin bermain di tempat yang agak tersorok dan jauh dari keempat-empat lelaki Nepal berkenaan.

Setelah itu, Irfan mula menghampiri mereka yang mula ingin melarikan diri dari lokasi kejadian setelah perbuatan mereka disedari Irfan. Nasib baik Irfan sempat mengejar mereka dan telah bersemuka di satu sudut barangan elektronik.

Irfan mula menyamar seperti seorang anggota polis dengan meminta keempat-empat lelaki berkenaan menyerahkan kad pengenalan mereka.

Loading...

Walau bagaimanapun, hanya tiga daripada empat kad pengenalan berjaya ditunjukkan. Menurut salah seorang daripada mereka, seorang lagi rakan mereka baru tiba di Malaysia dan masih belum mempunyai kad pengenalan.

Namun apabila Irfan meminta paspot, lelaki berkenaan mendakwa dia tidak membawa paspotnya.

Memandangkan salah seorang daripada mereka tidak mempunyai paspot dan juga kad pengenalan, Irfan bertindak mengambil gambarnya untuk memudahkan proses membuat laporan polis.

Kemudian, Irfan meminta mereka mengeluarkan telefon masing-masing. Dua daripadanya menggunakan telefon Nokia 3310, jadi Irfan tidak berbuat apa-apa kepada mereka. Seorang lagi mengeluarkan telefon jenama Samsung.

Setelah membuka Gallery, Irfan mendapati terdapat banyak gambar serta video kanak-kanak disimpan di dalamnya. Majoriti daripada gambar dan video tersebut adalah kanak-kanak Cina.

Jadi, di hadapan mereka semua, Irfan memadamkan kesemua gambar serta video tersebut.

Akan tetapi, Irfan tidak menemui gambar anaknya yang turut diambil secara senyap.

Justeru, Irfan meminta seorang lagi lelaki mengeluarkan telefon pintar miliknya dan tepat seperti sangkaannya, sebaik sahaja Irfan membuka Gallery, video anaknya terus terpampang di skrin telefon tersebut.

Irfan mendapati terdapat tiga rakaman video anaknya sedang bersuka-ria di taman permainan tersebut. “Maaf bos, maaf. Kami tidak tahu di sini tidak boleh mengambil gambar kanak-kanak”, jawab salah seorang daripada mereka.

Irfan yang ternyata berang dengan kenyataan tersebut menjawab dengan nada tinggi, “Bukan di sini sahaja! SATU DUNIA! Kalau pergi mana-mana, jangan ambil gambar atau video anak orang lain!”.

Selepas insiden itu, Irfan ‘membebaskan’ mereka dan terus ke balai polis untuk membuat laporan. Ternyata dunia pada zaman ini semakin menakutkan.

Penjenayah boleh berada di mana-mana sahaja sambil menunggu untuk melakukan aktiviti jenayah mereka.

Malah yang lebih mengerikan, kita tidak tahu siapa yang berpotensi untuk menjadi pelaku pedofilia (keinginan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak).

Ibu bapa dan orang ramai juga harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya perkara seperti ini tidak terjadi kepada anak masing-masing. Jangan terlalu bersangka baik dengan orang lain sehingga keselamatan diri dan orang lain terancam.

Peringatan untuk semua ya?

Sumber EraBaru

Loading...
Shares