Move On – Neelofa Sudah Terbuka Pintu Hati Untuk Bercinta Semula

Sejak “kisah cinta” Neelofa bersama Fattah Amin terputus di tengah jalan, ramai peminat Neelofa sering merasakan beliau sedang berduka dan tidak boleh “move on” lebih-lebih lagi selepas Fattah baru-baru ini sudah berkahwin. Macam-macam komen tentang Lofattah yang sehingga hari ini masih lagi belum reda sehingga berlakunya ejekan antara peminat Lofattah dan Fattzura.

Hakikatnya, Neelofa sudah lama meneruskan kehidupannya dan enggan lagi terus dikaitkan dengan Fattah. Malah, menurut Mary Jane menerusi portal Utusan Online, Neelofa kini sedang rapat dengan seorang jejaka dan mereka sudah sampai tahap rindu-rinduan dan bersayang-sayangan.

Khabar yang cukup selesa di pendengaran Mary Jane, difahamkan ada ‘seseorang’ dan pihak tertentu yang sedang cuba hendak mengintai hati Lofa sekarang ini. Katanya, sudah sampai ke tahap rindu-rinduan, sayang bersayang, tak bermesej asyik terbayang-bayang di pihak sebelah sana tu. Siapa itu? Kena tanya tuan badan. Lofa seperti biasa tak suka bercerita soal peribadi, tetapi kalau betul bermula episod cinta yang menarik, dia tak akan sembunyi.  Takkanlah selama-lamanya nak berdendam air mata mengenangkan cinta tidak kesampaian lepas putus dengan insan yang dia sayangi sebelum ini.

Jika berita ini benar, kami harap “hubungan” Neelofa dan jejaka tersebut akan menjadi. Siapa tahu mungkin mereka ada jodoh bersama bukan?

101Viral – Sumber BeautifulNara

Loading...
Loading...
Shares