Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Bagi yang berkemampuan, mungkin Medical Card ini sudahpun di‘cover’ oleh Pelan Takaful anda. Tapi, ada sesetengah orang belum ada Medical Card sendiri sebab belum ada keperluan. Mungkin ianya ditanggung oleh majikan. Atau anda selama ini memang lebih suka pergi ke Hospital Kerajaan kerana anda dapat keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan. Tapi bila melibatkan anak-anak, barulah berasa perlu untuk ada Medical Card ini.

Jadi, Medical Card yang mana terbaik di pasaran?

Medical Card yang patuh syariah seperti PruBSN Takaful, AIA Public Takaful, Great Eastern Takaful, AmmetLife Takaful, Zurich Takaful dan banyak lagi.

Kalau ditanya pada ejen takaful, sah-sah akan kata syarikat takaful dia yang terbaik. Melainkan ejen tersebut betul-betul jujur dan prihatin terhadap keperluan anda. Oleh itu, penting untuk kita sendiri mengenalpasti faktor yang perlu dipertimbangkan selain harganya.

5 Perkara Kena Faham Supaya Tak ‘Tertipu’ Dengan Medical Card

1. Jenis Coverage – Tahunan Atau Seumur Hidup?

Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang perlu anda tahu untuk bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (life time coverage) atau perlindungan tahunan (annual coverage).

Menurut ramai ejen takaful yang berpengalaman, apabila ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan, contohnya RM 100,000/tahun. Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.

Jangan keliru, ejen takaful kadang-kadang suka sebut angka yang besar-besar.

Loading...

“Bro, jangan risau…Medical Card ni cover sampai RM500,000”

Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM100,000 dan kalau kita jatuh sakit, bila habis saja had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM400,000.

2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?

Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.

Co-Payment pula ialah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.

Teliti terma dan syarat dalam Medical Card sama ada ianya menawarkan pelan yang ada co-payment. Walaupun harganya nampak murah, tapi ia mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.

Jadi, kalau masa kecemasan tak bawa cash, susahlah. Tapi, kalau anda rasa lebih jimat begitu, terpulang.

3. Renewal – Yearly Atau Guaranteed?

Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari melalui syarikat lain.

Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh ejen.

Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda sesuka hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ‘tersembunyi’.

4. Harga Hospital / Wad

Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250 sehari tu masih boleh dapat lagi.

Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?

 5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap

Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.

Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. Dalam erti kata lain, tak salah untuk mereka ‘lepaskan diri’!

Tiada Istilah Medical Card Terbaik

Maaf, tiada istilah Medical Card terbaik, tetapi yang ada adalah “paling sesuai”.

Jadi kalau sudah ada Medical Card, buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover.

Jangan asyik bertangguh, sebab Medical Card biasanya akan kecualikan coverageuntuk sakit yang dah ada dalam rekod kita selama 5 tahun kebelakangan – tak kiralah rekod pada hospital kerajaan, hospital swasta, atau klinik.

Jadi sebaiknya Medical Card ini diambil semasa umur muda sebab bayaran premium bulanannya murah. Harganya tak akan berubah walaupun harga semasanya dah naik banyak kali bila umur kita semakin meningkat. Maksudnya, lagi awal kita mula, lagi murah kita bayar. Barulah jimat!

Sumber: MajalahLabur

Loading...
Shares