Lihat apa terjadi apabila budak berumur 3 tahun lumpuh disebabkan oleh kutu

Seorang budak berumur 3 tahun lumpuh sementara apabila digigit kutu.

Amanda dan Lantz Lewis mengatakan anaknya, Evelyn, hampir tidak menunjukkan sebarang simptom untuk krisis yang bakal terjadi itu.

“Sebelum tidur malam itu, dia ada sedikit marah-marah dan mengamuk,” kata ibunya semasa cuba mengingatkan apa terjadi.

Apabila Evelyn bangun keesokkan paginya, dia sudah tidak dapat menggunakan kakinya. Tangannya juga tergantung tidak bermaya disebelahnya.

Dia dikejarkan ke Unit Kecemasan La Grande dan misteri perubatan itu dapat diselesaikan oleh Dr. John Page selepas dia memeriksa kepala budak perempuan itu di mana dia mendapati ada kutu melekat kepadanya.

“Apabila menjumpai kutu itu, ianya adalah saat yang mengembirakan,” katanya.

Evelyn disahkan sebagai “Tick Paralysis”. Penyakit ini disebabkan oleh kutu melepaskan neurotoksin ke dalam darah.

“Saya amat terkejut,” kata Amanda. “Bagaimana kutu ini boleh ada padanya dan dari mana?”

Loading...

Sangat menakjubkan, keadaan Evelyn bertambah baik hampir serta-merta.

Apabila anak-anak bermain diluar, Doktor menyarankan untuk ibubapa sentiasa memeriksa kepala anak-anak dari sebarang ketulan kecil yang kemungkinan adalah kutu.

“Kadang-kadang kutu lebih senang untuk dirasa dengan menggunakan jari daripada melihat menggunakan mata,” kata Dr. Page. “Apabila anda menjumpai kutu, genggam kutu gunakan tweezer dikepalanya dan cabut keluar.”

“Elak menggunakan cara yang tidak masuk akal seperti menggunakan vaseline atau menggunakan mancis untuk membakar kutu,” sambung Dr. Page.

“Tick Paralysis” selalunya dikaitkan dengan binatang dan kawasan pergunungan/bukit berbatu. Lyme Disease boleh di dapati melalu kutu.

 

Sumber: Inside Edition

Loading...
Shares