Lelaki Ini Berjaya Kahwin Selepas Jawab 2 Soalan Ini, Soalan Yang Ditanya Pasti Buat Anda Terkejut

Pada masyarakat Melayu hari ini, berkahwin pada usia muda bukanlah perkara baru dan asing lagi. Ada yang memilih berkahwin sejurus saja tamat pengajian, malah ada juga yang berkahwin ketika masih lagi menuntut di universiti.

Perkara ini dilihat sebagai satu trend dan ikutan buat generasi muda pada masa kini. Tengok orang lain kahwin, terdetik di hati nak kahwin juga. Tapi tak ramai yang boleh buat seperti pasangan ini, selepas meluahkan isi hati dan niat ingin memperisterikan Aisyah. Alif diminta menjawab dua soalan baru boleh kahwin. Soalan apa tu?

Selepas Luah Perasaan, Kena Jawab Dua Soalan

Masa alif confess dekat Aisyah Hijanah, alif ckp “saya rasa saya nak nikah dengan awak”. Then Aisyah terdiam dan 2 hari dia tak reply msj alip. Saya pun malu nak msj takut2 nampak desperate je. Hahahahah. Saya pun tunggu. Tunggu punya tunggu tak reply jugak.

Sy pun beranikan diri msj “minta maaf sbb tak professional dlm kerja” sbb kitorang kenal sbb kerjasama buat video je. Tp dia cakap kat alip. “Takpe, klau nak nikah dgn aisyah ad syarat dia..” alip pun jawab “ap syarat dia..?”. Aisyah ckp “kena jawab 2 soalan..” Alif pun like whaaaaattt. Nak tahu soalan ap yang aisyah syaratkan dkt alip, nnt alip kongsikan.

Okay alip Nak naik banana boat jap okay byee! Ingatkan alip untuk kongsi. Sapa nak tag cakap nak dekat bawah!!.#hijanahhazalif #teega #401production#lovestory #loveyou

Ujian Pertama, Kena Cerita Kisah Saidatina Aisyah r.a

Ramai sangat yang nak tahu soalan Apa yang Aisyah Hijanah suruh saya jawab. Alif akan kongsi di bawah. Tapii alif akan kongsi 1 soalan sahaja hehe. Baca ya !.

Loading...

Sambungan dia, lepas alif cakap “saya rasa saya nak nikah dgn awk” Aisyah terdiam dan tak reply msj alif. Then one day alif msj and minta maaf sbb alif menggatal hahaha. Seingat alif masa ni bulan ramadhan bulan 6 mcm tu. tapi ap yang Aisyah balas, “kalau nakkan Aisyah ada syaratnya”. Alif pun tanya lah “apa syaratnya ?.” Then Aisyah balas “kena jawab 2 soalan” alif pun be like kacang je nii. Alif pun cakap “okay kalau alif boleh jawab aisyah terima alif ya?”. Aisyah balas “of course, tak perlu hantaran tak perlu everything” alif pun dgn semangat, “okay bagitau sekarang apa soalannya ?” Aisyah pun bgtau lah soalannya. Alif dgn terkejutnya nak menangis masa tu. soalan dia “Alif kena Present dekat Aisyah kisah hidup saidatina Aisyah ra dari awal sampai habis. Dan dalam kesemua kisah tu ada satu cerita tentang ketika aisyah sedih, nabi pun turut bersedih. Kalau alif dpt jawab aisyah akan terima.”

Alif masa tu bila dpt tahu soalan pertama dia, alif terduduk terkejut. Gila kot nak baca semua kisah saidatina Aisyah ra. And alif pun mcm nk give up lah and malas. .Tetapi, haaa hero kalah awal hahaha, alif pun cuba study beli buku untuk baca. Siang malam alif baca. Nk fahamkan dan nak cari satu story yang Aisyah suruh alif cari tu. korang rasa alif boleh jawab tak? Alhamdulillah boleh! Kalau tak takde lah muka happy mcm tu kan hahahah. Alhamdulillah. Dan masa alif cerita 1 kisah di mana nabi ikut perasaan Aisyah ra sebenarnya ada 5 cerita yang smilar.

Alif gather all the stories and tulis and baca berulang cuba detect mana yang paling dekat dgn life Aisyah. Dan Alhamdulillah alif dpt jawab. Tepuk sikit heheh. Seronok rasa happy nak menangis. 2 minggu kot alif study. Dan alif jawab pada 7 July 2017. Ni baru satu soalan tau. Ada lagi satu. Hahaha. Nnt yang lagi satu alif cerita. Nak scuba jap hahaha..And actually alif wonder jugak. Kenapa Aisyah letak syarat2 mcm ni..? Haaaa nnt alif cerita. Nak tahu kisah lanjutnya. Kalau nak komen lah nak. Alif saja2 nak kongsi je kegembiraan alif ni.

Ujian Kedua, Kena Cerita Mengenai Surah Nisa Ayat Ketiga

Okay guys! Alif nak kongsi soalan yang kedua. Baca ya..Soalan ke dua ni agak mudah berbanding soalan pertama. Mudah tu tak mudah sangat lah. Tapi Alhamdulillah boleh pegang tangan Aisyah tu kira boleh jawab lah tu. power tak alif? Hahaha. But still kena study kena cari buku baca dan faham.

Baik, masa alif tanya aisyah. “Okay soalan kedua apa pulak?”. Aisyah balas “Alif nak Aisyah jadi alif kena faham tentang Aisyah, jadi alif kena present kat Aisyah ayat Al-Quran Surah nisa ayat ke tiga. Kalau alif boleh present dan aisyah berpuas hati. Then I’ll be yours.”. Alif balas “okay takpe kalau alif jawab dua soalan tu aisyah terima alif ya.” Aisyah balas “jawab dlu, Jangan letak harapan sgt.”..Alif balik alif buka surah anisa ayat tiga. Alangkah seronoknya alif, bila dapat tahu soalan tu tentang poligami.

Senang je lah prempuan tak suka poligami kan, normally lah. Yang suka tu bagus lah. Alif pun hantar msj kat Aisyah “you already mine, pack your things hehe”. Then Aisyah jawab “kalau alif jodoh aisyah alif akan nampak ap yang aisyah nk alif faham dr ayat tu. mesti alif nampak pasal poligami kan. Good luck.” Alif pun terfikir, apa lagi aisyah ni, poligami je yg alip nampak dalam ayat ni. Tetapi sebenarnya bukan itu ceritanya, ada cerita lain dari ayat tu. apa lagi, alif pun study balik, Alhamdulillah jumpa kisah tu. nak tahu ke cerita ap? Alaa korang cari lah. InsyaAllah jumpa. Apa pun “masa alif present dekat isteri alif, cuak jugak beb. Sbb kalau salah selamat tinggal lh. Cari orang lain lah jawabnya.

Tapi alhamdulillah bila Allah tulis nama kita untuk dia maka pastinya kita akan dapat. 7 July alif present jawapan alif untuk soalan pertama dan ke dua. Aisyah senyap dan tersenyum. Korang boleh bayangkan tak. Betapa seronoknya alif. Alif diam je tapi dalam hati ya Allah. Seronok tu Allah saja yang tahu. Alhamdulillah..Alif nak plan tulis buku untuk isteri alif. Tanda Terima kasih untuk dia. Mungkin bagi semua orang Aisyah itu biasa tapi bagi alif aisyah adalah permata Syurga..

Nanti next post alif akan share kenapa aisyah minta alif jawab soalan2 ni. Saja nak kongsi. Harap korang suka dgn story alif dan Aisyah. Nak tahu ke knp? Kalau nak komen lah kat bawah.

Duhai Wanita, Mahalkan Dirimu

“Wahai Wanita, mahalkan dirimu”.Okay ! Alif nak kongsikan beberapa sebab kenapa Aisyah Hijanah minta alif untuk jawab 2 soalan sebagai syarat Aisyah terima Alif. But first Alif minta maaf tak boleh kongsikan jawapan kepada 2 soalan tu. mungkin alif akan kongsikan dalam buku alif dan Aisyah InsyaAllah. Doakannya..Okay!!! Baik, Masa alif confess dekat Aisyah. Dia tak minta pun alif bagi hantaran berdulang2 dan tak perlu juga beri hantaran sampai 30k 40k dia hanya minta jawab dua soalan. Sebab? Ada 7 sebab utama.

Alif akan kongsikan di bawah..

Pertama. Sapa2 yang boleh jawab soalan Aisyah. Tahniah anda telah kenal siapa Aisyah Hijanah. Soalan tu menggambarkan kehidupan, impian, keinginan, cita2 Aisyah Hijanah. Jadi nak kenal Aisyah Hijanah cari lah jawapan bagi 2 soalan tu. jadi bila alif dah jawab. Secara tak sengaja alif dah pun faham dan kenal siapa bakal isteri Alif ni..

Kedua!!! Kenapa Aisyah minta bakal suami jawab soalan tu, adalah kerana “hati wanita”. Mahalnya harga hati seorang wanita tak ternilai. Tak mampu dibeli dengan kata2 tak mampu dibeli wang atau harta ratusan ribu. Kerana mahalnya hati seorang wanita, hanya yang memenuhi syarat menjawab soalan sahaja diterima Aisyah. Tak kira dia siapa. Jawab! Then aisyah akan terima. Sebab itu wanita jangan gadaikan hati anda kerana kekayaan, hensem, femes tapi wahai wanita mahalkan diri anda supaya lelaki yang hadir itu adalah lelaki yang benar2 usaha untuk anda.

Alip bukan nak show off alip jawab tapi alip nk kongsi pd sahabat akhowat, harga sesebuah hati wanita..Sebab yang ketiga, dalam kisah saidatina Aisyah ra meceritakan bagaimana nabi saw melayan Saidatina Aisyah ra. Dari sini korang boleh faham kot apa yang aisyah nak dari suami dia. Okay?.

Baik alif tengah snorkelling ni. Yang lagi 4 sebab alif akan kongsi kemudian. Korang nak lagi ke? Tak yah lah kan. Hehe tapi kalau nak komen lah kt bawah “nak” dan tag kawan korang sorang untuk kongsi bersama..Dont get me wrong, alif just nak wanita diluar sana cuba mahalkan diri anda. Alif tak bangga alif boleh jawab tapi alif bersyukur.

Alhamdulillah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : EraViral via LimauManis

Loading...
Shares