Kurang 10 Peratus Rumah PR1MA Dijual Petanda Rakyat Tak Mampu

PERBADANAN PR1MA Malaysia, yang kini sedang dalam pelbagai peringkat membina sebanyak 141,661 unit rumah PR1MA dilapor hanya berjaya menjual sebanyak 11,944 unit rumah — satu petanda bahawa kebanyakkan rakyat di negara ini tidak mampu untuk membeli rumah.

Jumlah itu menunjukkan bahawa rumah-rumah PR1MA yang berharga di antara RM100,000 dan RM400,000 masih di luar kemampuan purata rakyat Malaysia.

Sebuah inisiatif Bank Negara, Housing Watch, menganggarkan sebanyak 57.6 peratus isi rumah di negara ini, yang memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM5,999 hanya mampu membeli rumah berharga RM354,111.

Satu lagi angka petunjuk ialah, isi rumah dengan pendapatan kurang atau sama dengan RM1,999 hanya mampu memiliki rumah berharga di antara RM112,200 dan RM124,700.

Ketika dihubungi oleh SunBiz, PR1MA mengakui bahawa kebanyakkan pemohon digugurkan di peringkat pembayaran, dan mereka yang sukar mendapat pinjaman dari pihak bank sekaligus tidak dapat meneruskan pembelian, sebab itu skim Pembayaran Fleksibel (SPEF) diperkenalkan bagi membolehkan pembeli-pembeli mendapat jumlah pinjaman lebih tinggi.

“SPEF boleh dianggap sebagai penggalak pinjaman. Bagaimanapun jika mereka mempunyai isu kewangan lain yang menghalang mereka mendapatkan loan dari awal, SPEF bukan penyelesaian,” katanya menegaskan bahawa SPEF bukan satu skim yang membenarkan pembeli membeli hartanah di luar kemampuan.

Sejak ia mula diperkenalkan dalam bulan Januari, hanya seramai 50 pemohon telah diluluskan di bawah skim SPEF.

Loading...

“Kesukaran pembeli membuat pinjaman bukan sahaja berlaku kepada PR1MA, ia juga dialami oleh pemaju-pemaju lain, terutama kepada yang terlibat di dalam program perumahan rakyat. Ini kerana rumah-rumah jenis ini disasarkan kepada golongan yang belum tentu mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk beli sebuah rumah,” tambahnya.

Dalam keadaan PR1MA yang sudah mendapat kelulusan untuk membina sebanyak 259,881 unit rumah, ia membayangkan isu kemampuan akan membawa kepada lambakan rumah, yang sudah dapat dilihat sekarang.

Sumber — thesundaily via MiloSuam

Loading...
Shares