Kuman Di Paru-Paru, Keadaan Janna Nick Makin Pulih

AWAL bulan lalu, nama Janna Nick hangat diperkatakan kerana kontroversi ‘bercium’ bersama pelakon gandingannya, Fattah Amin semasa pengambaran drama Coffee Prince.

Namun namanya sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila baru-baru ini pelakon berusia 22 tahun itu memuat naik gambarnya terlantar di sebuah hospital menerusi laman Instagram miliknya.

Janna Nick Makin Pulih

Khabarnya, Janna dimasukkan ke hospital tersebut pada Khamis lalu kerana jangkitan kuman pada paru-parunya atau mycoplasma pneumoniae.

Menurut pengurusnya, Afeeq Abd Wahab menyatakan pelakon Syurga Nur itu dikejarkan ke hospital kerana demam dan batuk berpanjangan sejak seminggu yang lalu.

“Buat masa sekarang, Janna tidak boleh menerima pelawat. Dia kini dalam pemantauan doktor dan perlu berehat sehingga keadaannya kembali pulih. Janna mungkin akan dirawat dalam tempoh seminggu. Jadi, saya terpaksa membatalkan semua aktiviti seni membabitkan Janna. Saya memohon maaf kepada semua pihak dan penganjur yang menempah Janna serta sudah dipersetujui lebih awal,” katanya dipetik Harian Metro.

Ekoran dimasukkan ke hospital, kerja pengacaraannya terpaksa dibatalkan 20 minit sebelum program itu dimulakan pada hari yang sama.

Sementara itu, penerbit dan pelakon, Sheila Rusly turut meluangkan masa melawat pelakon muda itu di hospital. Dia turut memuat naik satu entri di laman Instagramnya dan mendoakan Janna kembali sihat seperti biasa.

Loading...

Dalam pada itu, Instagram Janna dan Sheila turut dihujani ribuan komen yang rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan pelakon yang makin mendapat tempat di hati netizen itu.

Namun, khabarnya kesihatan Janna beransur pulih. Diharapkan Janna dapat menjaga kesihatan walaupun jadualnya penuh dengan shooting.

Janna Nick Makin Pulih

Janna Nick Makin Pulih

Janna Nick Makin Pulih

Sumber Budiey

Loading...
Shares