Kucing peliharaan PM Najib sungguh popular sehinggakan terdapat akaun instagram miliknya

Pada penghujung minggu yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ada berkongsi gambar salah seekor kucing peliharaannya, Kiky, di laman Instagram.

Dalam masa satu hari sahaja, gambar itu telah menerima sebanyak 18,000 like dan respon orang ramai yang menyatakan bahawa Kiky tersangatlah comel!

Imej: Instagram/Najib Razak

“Ramai minta saya kongsi gambar @kikyseriperdana semalam. Ini dia tengah tayang perut minta kita usap dan garu. Mengada”

Menurut laporan daripada Malay Mail Online, Najib membela Kiky pada 7 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2010. Di samping menguar-uarkan perkembangan dan tugasannya di laman sosial, PM turut memuat naik gambar binatang peliharaannya – lazimnya menerima ribuan like dan komen.

Imej: Instagram/Najib Razak

Loading...

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan orang ramai akan Hari Kucing Sedunia dengan memuat naik gambar kucingnya.

Imej: Instagram/Najib Razak

Najib turut mempunyai beberapa ekor kucing yang lain terdiri daripada baka Parsi : Leo, dan anak Kiky, Tiger

Gambar di atas dimuat naik pada 29 Oktober tahun lepas, iaitu beberapa hari sebelum Najib memulakan lawatan kerjanya ke China pada 31 Oktober 2016.

“Kucing saya ni bernama Simba. Bila kita nak ambil gambar dengan dia, bukan main pandai bergaya. Nampak saja garang, sebenarnya comel dan manja”.

 

Kiky nampaknya merupakan kucing kesayangan Najib kerana ia kerap kali muncul di dalam akaun media sosialnya berbanding kucing yang lain.

 

Bahkan Kiky turut mempunyai akaun Instagramnya sendiri, dengan lebih 2,500 orang pengikut.

 

Kucing bertuah itu turut muncul di dalam sebuah video bersama Najib

 

 

Mengetahui cintanya akan kucing, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan telah menghadiahkan seekor kucing bernama Korya pada bulan Ogos yang lalu.

 

 

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber EraBaru

Loading...
Shares