Kerana Terlalu Sayang Dengan Kekasih Hatinya, Lelaki Sanggup Pakai Kasut Tinggi

Bukan semua lelaki sanggup berkorban untuk orang tersayang, ada sebilangannya kata cinta dan sayang, tetapi hendak berkorban jauh sekali. Memang ada jenis pasangan yang sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa memalukan diri sendiri dihadapan khalayak ramai.

Lelaki mana yang sanggup memakai kasut tumit tinggi di khalayak ramai? Jarang sekali kita lihat ada lelaki yang sanggup menanggung malu hendak memakai kasut tumit tinggi demi orang tercinta. Paling kurang pun teman lelaki akan ke kedai untuk membeli selipar baru dan tidak mungkin lah akan memakai kasut tumit tinggi!

Kejadian yang berlaku di China, pasangan itu berada di hospital dan sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Gambar terbabit dirakamkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Xie yang kebetulan berada di hospital itu.

Xie dikatakan menukar kasut tinggi teman wanitanya dengan sandal miliknya kerana teman wanitanya terasa penat memakai kasut tinggi itu seharian.

‘Teman wanitanya mahu menukar semula kasut namun lelaki tersebut enggan,” katanya

Foto tersebut menjadi bualan hangat di media sosial di China dan rata-rata netizen memuji sikap lelaki tersebut yang tidak dimiliki oleh lelaki lain.

Loading...

Seorang dalam sejuta lelaki seperti ini. Jika pasangan anda salah seorang yang sanggup berkorban untuk anda begini, jangan lepaskan lelaki tersebut!

Sumber Hanasuva.com

Loading...
Shares