Keputusan DNA membuktikan pelayan restoran meludah minuman, selepas mengadu makanan tidak sedap.

Ken dan Julie sedang makan di restaurant Chili’s New York. Pasangan itu tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan lalu membuat aduan kepada pelayan.

Selepas membayar serta membeli segelas minuman untuk dibawa pulang, Ken mendapati ada sesuatu di dalam minumannya yang sudah diminumnya sedikit.

Ken kembali ke restaurant untuk bertanya kepada pelayan adakah dia meludah di dalam minumannya, tetapi pelayan itu tidak mengaku.

Ken membuat laporan polis, dan polis mengambil sampel minuman serta sample DNA pelayan terbabit untuk siasatan lanjut. 

Selepas 3 bulan, keputusan menunjukkan positif bahawa pelayan itu ada meludah minuman pasangan itu. Dia akhirnya mengaku bersalah dan didenda di mahkamah.

Sumber: Inside Edition

Loading...
Shares