Kenapa Bila Perempuan Ambil Gambar, Mesti Kepala Disengetkan?

Perbezaan antara kaum hawa dan juga kaum adam bila bergambar. Bagi lelaki bila mereka hendak mengambil gambar, diorang tak ada banyak cerita. Mula-mula mereka akan keluarkan telefon terus saja ambil gambar lepas tu post. Diorang tidak kisah sangat pasal muke elok ke tidak.

Bagi perempuan adalah lebih rumit bila bab-bab ambil gambar ni. Kadang-kadang ambik banyak gambar pun, tak semestinya semua tu memuaskan hati. Macam-macam pose yang diorang ambil, kadang-kadang sampai membongkok pun diorang sanggup asalkan gambar meletop. Kalau anda perasan, perempuan ni kalau setiap nak ambil gambar mesti disengetkan kepala tu.

Mesti banyak yang mempersoalkan, lagi-lagi bagi kaum hawa mesti diorang akan fikir Leher tu tak sakit ke? Memang trend bergambar macam tu bukannye suka-suka. Disebabkan itu lah kaum hawa ni suka ambik selfie kepala senget-senget.

Inilah sebabnya perempuan banyak gayanya bila ambil gambar.

Sudut paling sempurna

Perempuan memang suka bila part bergambar dan pantang bagi mereka bila ada gambar yang di ambil nampak gemuk. Jika ambil gambar dari sudut depat boleh menampakkan muka jadi lebar dan bulat. Trend gambar senget ni boleh sembunyikan lelak-lemak yang tidak patut ditunjukkan.

Muka akan nampak lebih kurus dan runcing

sesetengah perempuan yang mempunyai pipi yang tembam, mereka suka ambil gambar dalam keadaan kepala yang senget, di situ mereka boleh sembunyikan pipi yang sedikit tembam. Wajah juga akan nampak lebih runcing tak perlu susah-susah nak edit.

Loading...

Lebih comel

Selalunya bila ambil gambar dari sudut kepala senget akan menampakkan muka akan jadi lebih comel dari kebiasaannya.

Menjadi lebih yakin

Mengikut presepsi wanita, mengambil gambar dalam keadaan kepala seget boleh membuatkan keyakinan mereka tinggi.

Apa-apapun, wanita ni mereka banyak cara yang boleh membuatkan mereka berpuas hati dalam sesuatu perkara, apalagi bila mengambil gambar. Gambar yang cantik akan buatkan mereka senyum sampai petang. Tak kiralah berapa banyak selfie diambil.

Sumber Hanasuva

Loading...
Shares