Keadaan Ikea Tebrau Yang Macam Stor Walaupun Baru Dibuka!

Sejak semalam, viral di media sosial beberapa gambar keadaan di ruang pameran IKEA Tebrau yang bersepah-sepah mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Pergi lawat kawasan di IKEA Tebrau. Subhanallah. Cuba korang tengok, begini ke cara orang-orang kita? Sungguh memalukan,” kapsyen ditulis oleh Dino.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Dino Daniel LJ sejak petang semalam itu menunjukkan keadaan katil yang bersepah dan mainan kanak-kanak berterabur di ruang bilik pameran kanak-kanak.

 

 

Loading...

“Tak baguslah buat begini. Ada yang usik-usik macam barang itu milik mereka. Lagi satu, janganlah tunjuk pelik sangat kalau jumpa katil itu sampai nak henjut-henjut barang. Respect la sikit,” kata Siva Kumar.

“IKEA Damasara dan IKEA Cheras tak ada pula jadi seperti ini. Mentaliti low class,” kata Faiz Foat.

 

 

“Ha’ah, aku pergi semalam. Ya Allah. Mak bapak biarkan saja anak bermain. Ingat kat rumah dia agaknya. Apalah. Ada sekali tu mak bapak baring buat macam katil di rumah dia. Belum tengok lagi di kawasan sofa. Mak aih, mak bapak datuk nenek segalanya la. Dia biar saja. Apesal?

“Nak tengok perabut atau nak bawa anak main-main seperti taman permainan di kawasan rumah mereka? Macam sakai! Lain kali nak pergi tu, ajarlah anak tu. Ini tak, kalau cakap ni boleh bergaduh. Entah-entah di rumah dia macam tu agaknya,” kata netizen.

Meskipun kejadian itu berlaku di IKEA Tebrau, netizen dinasihatkan tidak membangkitkan sebarang komen yang berkaitan dengan bangsa dan kenegerian. Apa yang berlaku adalah sikap dan perangai individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber The Reporter

Loading...

One thought on “Keadaan Ikea Tebrau Yang Macam Stor Walaupun Baru Dibuka!

Comments are closed.

Shares