“Kami Kerap Juga Keluar Berdua” – Mona Bidas Kenyataan Shahir, Beri Pendedahan Mengejutkan!

Pramugari yang digosipkan dengan Shahir Zawawi meminta media bertanyakan sendiri status hubungan mereka kepada penyanyi itu.

Malah Mona atau nama penuhnya Mona Syamimi Mohd Samsudin menafikan dia adalah penyokong Shahir dalam program AF Megastar sebagaimana yang didakwa.

“Saya bukan peminat atau penyokong dia seperti yang didakwa. Saya tak minat pun program realiti tersebut,” katanya menurut laporan portal Mstar Online.

Mona membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas hubungannya dengan Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan itu susulan beberapa keping foto mereka yang menjadi tular.

Dalam kenyataan terdahulu, Shahir menjelaskan hubungan mereka hanyalah kawan dan Mona pula adalah peminatnya dalam AF Megastar.

Dalam pada itu, wanita itu berkata, mereka mula berkenalan rapat sejak sebulan lepas dan seringkali keluar berdua atau disertai rakan-rakan lain.

“Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai. Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar,” beritahunya.

Loading...

Pramugari itu enggan memberi komen panjang lebar mengenai hubungan tersebut dan berharap penyanyi itu sendiri membuka mulut menceritakan perkara sebenar.

Namun dia akui mereka masih dalam fasa berkawan.

“Entahlah kami mungkin dalam fasa berkawan lagi. Apa-apa pun tanya dia semula tentang hubungan ini. Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah,” tegasnya.

Ditanya adakah dia tahu tentang hubungan Shahir dengan aktres Erra Fazira, dia mengiyakan.

“Ya, saya tahu tentang perkara itu tapi tidak seperti dilapor media,” katanya lagi.

Sumber Mstar melalui iluminasi

Loading...
Shares