Kakak berumur 8 tahun ini menyelamatkan adiknya daripada diculik

Tindakan berani Delicia Wright 8 tahun, berjaya menyelamatkan adiknya daripada menjadi mangsa penculik.

Delicia dan abangnya Brenden 10 tahun berada di taman permainan berdekatan rumah sambil membawa adik mereka Owen 22 bulan berjalan-jalan. Seorang lelaki berbadan tinggi secara tiba-tiba meragut adik mereka dan membawa lari.

Kelihatan di dalam video, sejurus selepas adiknya dilarikan, Delicia berlari mengejar penculik sambil menjerit dan menangis meminta tolong. Jeritanya mendapat perhatian orang sekeliling.

Seorang lelaki yang menghubungi 911 mengatakan “Seorang lelaki sedang membawa lari seorang bayi. Seorang budak mengejar sambil menjerit”.

Penculik menjadi panik lalu meletakkan Owen di tanah lalu melarikan diri.

Gerakan besar-besaran dibuat oleh pihak polis untuk menangkap penculik berkenaan. Tidak lama untuk pihak polis berjaya menangkap penculik berkenaan. Penculik dikatakan hanya berumur 15 tahun. Identiti dirahsiakan oleh pihak polis, dah sekarang dalam tahanan juvana telah dijatuhkan hukuman dibawah kes culik tahap dua.

Sumber: Inside Edition

Loading...
Loading...
Shares