Kajian sains buktikan tengok filem seram boleh kurangkan berat badan!

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti of Westminster, menonton filem seram boleh mendatangkan pelbagai manfaat, seperti membakar kalori dan meningkat mood.

Dipetik daripada The Guardian, ia bergantung juga kepada individu yang menonton filem seram berkenaan.

Penyelidik berkenaan menjalankan kajian pada 10 responden dan merekodkan kadar degupan jantung, pengambilan oksigen dan karbon dioksida.

Richard Mackenzie, salah seorang daripada penyelidik berkenaan mendapati, apabila kita menonton filem seram, otak akan bertindakbalas terhadap sistem saraf, menyebabkan lemak dibakar untuk mendapatkan tenaga.

Dalam kajian lain oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health, menonton filem seram juga menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Berikut adalah senarai 10 filem seram dan bilangan kalori yang dibakar setiap kali menonton filem berkenaan:

1. The Shining: 184 calories
2. Jaws: 161 calories
3. The Exorcist: 158 calories
4. Alien: 152 calories
5. Saw: 133 calories
6. A Nightmare on Elm Street: 118 calories
7. Paranormal Activity: 111 calories
8. The Blair Witch Project: 105 calories
9. The Texas Chain Saw Massacre: 107 calories
10. [Rec]: 101 calories

Loading...

So apalagi, selamat menonton!

Sumber:

1. US National Library of Medicine National Institutes of Health

2. The Guardian

via Dahtauker

Loading...

One thought on “Kajian sains buktikan tengok filem seram boleh kurangkan berat badan!

Comments are closed.

Shares