Juruterbang ini gagap, tapi gagapnya hilang setiap kali dia terbang.

Johnathan Smith mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana dia menghidapi penyakit gagap. Disebabkan oleh masalah itu, dia pernah tidak diterima untuk memasuki sekolah latihan juruterbang. Menurut undang-undang yang ditetapkan oleh FAA, semua juruterbang mestilah fasih berbahasa English.

Selepas dua tahun, Smith mengetahui FAA ada mengeluarkan lesen untuk “Sport Pilot” yang membenarkan juruterbang untuk menerbangkan pesawat dua tempat duduk. Lesen itu tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Ketika inilah Smith mengetahui apabila dia bercakap di dalam radio pesawatnya, gagapnya hilang sama sekali. Selepas membuat beberapa penerbangan dan meyakinkan pemeriksa ujian penerbangannya, 15 Mac 2017 disahkan sebagai juruterbang.

Selepas impiannya tercapai, Johnathan Smith membuat keputusan untuk menjadi pengajar penerbangan.

Lihat Video DiSINI

Sumber: Humankind & USAToday

Loading...
Shares