Jawapan Haniz Zalikha Apabila Ditanya Mengenai Menyokong Hobi Suami Yang Membuatkan Netizen Kagum

Kebiasaannya hubungan antara pasangan suami isteri sebelum dan selepas kahwin akan berubah secara drastik kerana tanggungjawab baharu sudah tergalas dibahu mereka.

Tanggungjawab itu pula akan bertambah berat selepas mereka dikurniakan cahaya mata dan komitmen mereka terhadap keluarga semakin tinggi.

Adakalanya, mereka tidak dapat menanggung bebanan dan tekanan yang dihadapi menyebabkan ada sesetengah pasangan mula mengambil masa untuk mengasingkan diri mereka jauh daripada keluarga tetapi cara ini dipandang serong oleh masyarakat.

Namun begitu, seorang selebriti tanah air tidak memandang sebarang masalah dengan perubahan ini malah sentiasa membenarkan suaminya pergi memancing yang mana aktiviti itu selalunya mengambil masa beberapa hari.

Ramai netizen tidak faham bagaimana dia melakukannya tetapi dalam masa yang sama kagum dengan tindakannya itu.

Kredit: Hanis Zalikha

Selepas mendapat pertanyaan daripada ramai netizen tentang perkara ini, akhirnya Hanis Zalikha memutuskan untuk menulis di Facebook rasminya yang berbunyi,

Loading...

“Saya dapat banyak soalan tentang suami dan hobi.”

Kredit: Hanis Zalikha

“Ini bukan nasihat tetapi cuma pengalaman saya. Walaupun ketika saya dan suami berkawan, saya sentiasa menyokong dan ada masanya saya turut serta melakukan hobi dan minatnya.”

“Saya bermain paintball dengan kawan-kawannya, badminton, scuba diving dan memancing di Muara (Brunei). Jadi, saya tidak fikir semuanya perlu diubah hanya kerana kami sudah berkahwin.”

“Apabila lelaki sudah minat pada sesuatu perkara, mereka akan fokus dan teruja untuk melakukannya. Sama seperti bagaimana mereka cuba mengurat kita dahulu – tiada siapa boleh menghalang mereka.”

Kredit: Beautifulnara

Tulis Hanis lagi, “Ada kebaikannya bagi lelaki yang mempunyai hobi kerana mereka akan menyalurkan tenaga pada aspek yang berbeza dalam kehidupan mereka juga.”

Walaupun Hanis menyokong perkara ini tetapi beliau tetap menegaskan betapa pentingnya untuk bertindak logik dan praktikal.

“Sudah tentu suami tidak boleh melakukan hobi memancing setiap minggu selepas berkahwin. Jika suami mempunyai hobi, isterinya juga perlu ada hobi atau sekurang-kurangnya meluangkan masa untuk melakukan sesuatu yang dia suka secara peribadi.

Berkaitan dengan pengalamannya sendiri, Hanis mengatakan “Suami boleh pergi memancing, saya boleh keluar bersama kawan-kawan perempuan yang lain.”

“Walau bagaimanapun, peraturan nombor satu ialah, selepas berkahwin kita boleh meneruskan hobi masing-masing tetapi kita kena pandai menjaga anak kita terlebih dahulu.”

Kredit: InTrend

Akhir sekali, Hanis sangat menggalakkan setiap isteri untuk membenarkan suami mereka meneruskan hobi seperti biasa.

“Anda benar-benar tidak mahu mengambilnya (hobi) daripada dia. Semangat, pemacu dan kegembiraan untuk melakukan perkara yang diminati adalah perkara yang membuatkan anda kagum padanya sejak mula lagi.”

“Oleh itu, hargai suami anda dan semangatnya. Seorang lelaki yang penuh dengan kehidupan akan menyayangi anda dengan lebih baik.”

Kredit: Hanis Zalikha

Walaupun pada hakikatnya terdapat beberapa pasangan berhadapan dengan krisis rumahtangga yang berpunca daripada hobi dan minat yang berbeza, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka terus berkelahi. Suami dan isteri hendaklah saling menghormati kehendak masing-masing.

Jika tidak mahu menyokong, sekurang-kurangnya jangan menyekat kemahuan pasangan anda. Tetapi perlu diingatkan, kebebasan untuk terus melakukan hobi atau minat yang diberikan haruslah digunakan dengan baik.

Sumber Era Baru

 

Loading...
Shares