Jangkaan Maut Menanti Anak Babun Ini Apabila Berdepan Singa Betina Yang Membunuh Ibunya, Tetapi Keadaan Tidak Disangka Berlaku!

Keadaan yang tidak disangka berlaku ketika rakaman interaksi mengagumkan antara dua haiwan liar yang berlainan spesis.

Rakaman fotografi menjadi hebat apabila jurufoto dapat melihat dengan mata sendiri sifat haiwan yang berlawanan bertindak diluar jangkaan yang membangkitkan rasa kagum dan insaf menjadikan satu kisah drama haiwan liar menjadi unik.

Jurufoto Evan Schiller dan Lisa Holzwarth berada di satu safari di Kem Selinda, Botswana utara apabila semasa dalam perjalanan melihat haiwan liar, mereka telah bertembung dengan satu kumpulan babun yang telah lari bertempiaran dan membuat bising dari sebuah belukar berdekatan.

Lisa mengingati kejadian itu dengan berkata, “Lebih kurang 30 hingga 40 ekor babun menghala ke arah laluan kami dan membuat bunyi bising.”

Kumpulan babun ini pasti berasa takut dengan sesuatu dan mereka lari bertempiaran memanjat pokok berdekatan dengan menjerit, memberi amaran dan membuat kecoh. Dan kini mereka sudah faham apa masalah yang menakutkan kumpulan babun ini.

Terdapat dua ekor singa betina yang keluar dari belukar dan menyambar serta menakutkan kumpulan babun ini sehingga ia lari bertempiaran menuju ke atas pokok berdekatan, yang kemudian disertai dengan kemunculan dua ekor singa betina yang lain.

Lisa berkata, “Dalam teriakan kumpulan babun dan ngauman garang singa-singa betina itu, keadaan menjadi kelam kabut dan menakutkan.

Kemudian saat yang benar-benar mendebarkan muncul. Seekor babun yang berani berlari menuju ke sebuah pokok mati tetapi malangnya telah dikejar dan disambar oleh seekor singa betina.

Loading...

Singa betina ini menyambar seekor babun yang tidak berjaya menyelamatkan diri.

Tetapi ada perkara lain bersama babun yang hampir mati itu, iaitu seekor anak babun berusia sebulan, dengan perlahan cuba meleraikan diri dari dakapan ibunya.

Kredit: Evan Schiller

 

Naluri hati mengambil alih dan anak babun ini cuba untuk memanjat pokok berdekatan, tetapi tidak berdaya dan lemah.

Pada waktu ini, singa betina itu menyedari kelibat anak babun kecil ini dan menghampirinya untuk menyiasat.

Jauh dari jangkaan dalam fikiran yang singa betina itu akan menyambar anak babun ini dengan pergerakan maut, singa betina itu mula bermain-main dengan anak babun ini.

Singa ini bertindak dengan sifat ingin tahu dan berlembut pada masa yang sama.

Evan Schiller berkata, “Anak babun ini menunjukkan tanda-tanda kecederaan fizikal dan keletihan dalam menghadapi keseluruhan situasi ini. Singa betina itu membawa anak babun ini dengan mulutnya secara lembut. Saya merasa azab melihat pengalaman pahit anak babun ini. Saya menutup pilihan video pada kamera kerana berasa sangat sukar untuk merakamnya dalam aksi video.”

Selepas singa betina ini mengangkat anak babun tersebut dengan lembut dari mulutnya dan berlalu pergi, ia meletakkan anak babun itu di kakinya.

 

Dengan tindakan dan sifat semulajadi haiwan berlainan spesis yang dirasakan pelik, anak babun itu cuba untuk menyusu dari singa betina ini.

Menurut Lisa, “Apa yang berlaku mengejutkan kami. Anak babun ini, dengan naluri berbeza telah mendakap singa betina ini di dadanya dan cuba untuk menyusu.”

Kemudian, singa betina yang sedang bertenang ini telah diganggu oleh singa jantan yang tiba-tiba muncul. Singa betina ini bertindak ganas dan cuba menghalau singa jantan itu dari tempat tersebut.

Adakah ia cuba untuk melindungi anak babun ini?

Atau tidak berminat dengan singa jantan yang mahu menggodanya?

Dan apa yang menjadikan kisah ini lebih menarik, terdapat seekor babun jantan sedang menunggu di pokok berdekatan, yang berniat mahu menyelamatkan anak babun ini.

Singa jantan yang tiba-tiba muncul dan membuat kacau itu telah menjadi peluang keemasan untuk babun jantan yang berani ini mengambil anak babun tersebut dan membawanya ke hujung pokok mati berdekatan dengan selamat.

Lisa berkata,”Saya berasa tersentuh dengan kelembutan hati bapa babun ini yang sanggup menahan azab memegang anak babun dalam keperitan suhu yang panas.”

Wira babun jantan ini telah menyelamatkan anak babun dari sekumpulan singa dan mendakapnya dengan kasih sayang.

 

 

Bapa babun ini perlu memulakan langkah. Ia mengambil anak babun ini dengan berani dari keadaan yang kucar kacir.

Ia cuba bergerak beberapa kali dengan bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain. Ia cuba menguji kepekaan singa betina itu dari setiap sudut.

Anak babun ini berasa sengsara dan keletihan dipegang oleh bapa babun dalam kepanasan cuaca yang terik.

 

Bapa babun ini perlu membawa anak babun ini ke satu tempat untuk berteduh.

Akhirnya, dengan cuaca yang semakin terik , singa-singa itu beredar ke satu tempat untuk berteduh.

Dengan berasa lega, ia telah turun dari pokok mati itu ke arah belukar dan pokok yang lain untuk berteduh dan membawa anak babun ini pergi dengan selamat.

Dan apa yang berlaku kepada anak babun ini?

Lisa dan Evan telah melihat anak babun ini mengikuti kumpulan babun itu dengan selamat.

Ia masih hidup dan sihat serta berada dalam dakapan kasih sayang bapanya yang berani itu semasa mereka beredar dari safari itu.

Menurut Lisa yang berasa kagum apabila melihat peristiwa itu, “Tidak kira apa pun, anak babun itu menjadi sumber inspirasi kepada saya dan sebagai peringatan. Kehidupan ini begitu rapuh dan sebanyak mana kita berjuang dan melawan untuk mengawal keadaan, apa yang perlu kita lakukan adalah hidup dengan ketentuan pada masa itu.”

Sumber EraBaru

Loading...
Shares