Jadi Apa Yang Berlaku Jika Anda Makan Tiga Telur Sehari?

Pada pendapat anda, adakah makan lebih telur, terutamanya kuning telur akan membahayakan kesihatan?

Sebenarnya, telur merupakan salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Cuba fikirkan: Telur mengandungi semua komponen yang diperlukan untuk membangunkan satu sel tunggal kepada anak ayam. Jadi, telur mesti mengandungi semua nutrien penting di dalam ruang yang sempit itu.

Telur adalah salah satu bekalan protein yang terbaik di planet ini – dan juga yang paling murah! Pakar pemakanan berpendapat bahawa makan tiga telur sehari tidak membawa keburukan kepada badan kita.

Paras kolesterol meningkat apabila makan terlalu banyak telur?

Sebelum ini, laporan pemakanan mengatakan bahawa makan terlalu banyak telur adalah tidak baik untuk badan kerana telur mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Tetapi kajian yang terkini telah menafikan kenyataan ini. Badan manusia akan menghasilkan kolestrol mengikut keperluan metabolik. Kolesterol dari makanan tidak akan mempengaruhi tahap kolestrol badan manusia.

Purata kandungan nutrien sebiji telur:

Tenaga: 77
Protein: 6 gram
Lemak yang sihat: 5 gram
Vitamin A: 6% keperluan harian
Folat: 5% daripada keperluan harian
Vitamin B5: 7% keperluan harian
Vitamin B12: 9% keperluan harian
Vitamin B2: 15% daripada keperluan harian
Fosforus: 9% keperluan harian
Selenium: 22% daripada keperluan harian

Di samping itu, telur juga mengandungi Vitamin D, Vitamin E, Vitamin K, Vitamin B6, kalsium dan zink.

Loading...

Melindungi penglihatan

Kuning telur mengandungi lutein membantu mencegah degenerasi makula, yang merupakan punca utama kebutaan. Lutein juga terdapat dalam sayur-sayuran hijau, tetapi kajian telah menunjukkan bahawa badan boleh menyerap lutein dengan lebih baik daripada telur.

Di samping itu, kuning telur juga mengandungi zeaxanthin, antioksidan yang membantu melindungi mata anda dari sinaran ultraviolet yang berbahaya.

Kekurangan Zat Besi

Sekiranya anda mengalami kekurangan zat besi, menghadapi sakit kepala yang kerap, berasa keletihan dan cepat marah, makan telur boleh membantu.

Makan telur boleh membantu anda mengawal rasa lapar dengan mudah. Makan telur untuk sarapan pagi akan membuat anda rasa kenyang untuk masa yang lebih lama.

Dengan ini, anda akan menghadkan pengambilan kalori anda sepanjang hari,

Protein dalam telur merupakan sumber tenaga yang stabil.

Kuning telur kaya dengan choline yang diperlukan untuk fungsi otak. Choline juga memainkan peranan yang amat penting untuk perkembangan otak janin dan bayi yang baru lahir. Kajian telah menunjukkan bahawa makan lebih telur semasa mengandung dan tempoh penyusuan boleh merangsang perkembangan otak bayi yang baru lahir. Di samping itu, kajian Universiti North Carolina mendapati bahawa choline boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 24%.

Oleh yang demikian, anda boleh makan telur dengan sesuka hatinya tanpa rasa bimbang ia menjejaskan kesihatan anda.

Sumber EraBaru

Loading...
Shares