INSPIRASI, VIDEO Kecewa dengan hidup, lelaki ini cuba bunuh diri tetapi telah diselamatkan oleh seekor anak kucing yang berjaya menenangkannya

Josh Marino merupakan seorang tentera Amerika yang telah mengalami kecederaan setelah diserang bom mortar ketika bertugas. Kesannya, dia merasa kecewa dengan keadaan fizikalnya sehingga mengalami PSTD iaitu gangguan tekanan posttraumatik.

Hal ini menyebabkan emosi Josh terganggu dan dia tidak mampu berfikir secara rasional. Sehinggalah pada satu malam, Josh mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya.

Dia telah menghisap rokoknya yang ‘terakhir’ di dalam hujan sebelum memutuskan untuk membunuh diri. Namun, secara tiba-tiba Josh terdengar bunyi kucing yang datang dari kawasan semak.

“Kucing itu datang kepada saya dan mula menggosok kepalanya pada kaki saya. Dia juga membenarkan saya untuk mengusapnya. Saya terus menangis sebaik sahaja insiden itu. Mungkin ia tahu saya sedang menghadapi sesuatu yang tidak mampu ditanggung. Jadi, ia datang dan menenangkan saya,” kata Josh.

Loading...

Selepas kejadian tersebut, Josh akan memberikan kucing tersebut makan dan ia akan tidur di riba Josh.

Manja betul kucing yang secara tidak langsung pernah menyelamatkan nyawa Josh ini. Malahan, setiap kali Josh memanggilnya, kucing tersebut akan berlari ke arah Josh.

Kini, Josh merasakan hidupnya kembali bermakna. Tetapi pada suatu hari, apabila Josh pulang dari tempat kerja, kucing kesayangannya, Scout tidak lagi muncul seperti kebiasaan. Sesungguhnya, kehilangan Scout benar-benar memberi kesan kepada hidup Josh.

Beberapa bulan kemudian, Josh dan teman wanitanya telah pergi ke Perlindungan Haiwan Terbiar Fort Riley untuk mengambil haiwan peliharaan. Ketika mereka sedang melihat haiwan-haiwan yang berada di situ, Josh terlihat seekor kucing dan ianya benar-benar mengejutkannya.

“Secara tiba-tiba, kucing hitam dengan tapak kaki berwarna putih ini menjerit dari dalam sangkar. Saya mengambilnya keluar dan ia mula memukul-mukul lengan kiri saya. Saya terus memeluknya. Ia adalah Scout saya!”.

Josh memutuskan untuk memelihara Scout dan membawanya pulang ke rumah. Kini, kedua-duanya pasti tidak lagi boleh dipisahkan.

Link Video DI SINI

Sumber: EraBaru

Loading...
Shares