Ibu melahirkan bayi seberat 5.9kg/13lbs secara normal

Seorang ibu di Missouri, Amerika Syarikat terkejut apabila diberitahu berat badan bayinya yang baru lahir secara normal adalah 5.9kg/13lbs.

Lauren Flaugher mengatakan dia tahu anaknya sedikit besar dari bayi lain melalui hasil pemeriksaan imbasan semasa mengandung minggu ke-20, tetapi dia tidak pernah menyangka bayinya boleh mencapai berat itu.

Sehari sebelum melahirkan anaknya itu, doktor menjangkakan berat bayi hanyalah 4kg-4.5kg. “Kami langsung tidak menyangka ianya mencecah 5.9kg,” kata Flaugher kepada pemberita.


Semasa proses melahirkan anaknya itu, jururawat cuba menimbang bayi itu menggunakan penimbang biasa yang digunakan untuk menimbang bayi baru lahir, tapi ianya terlalu berat.

“Dia menoleh kearah saya dan berkata, penimbang ini tak boleh, saya ingatkan dia bergurau,” kata Flaugher.

Jururawat mengeluarkan penimbang digital dan selepas itulah baru mereka dapat merekodkan berat badan bayi.

Lauren Flaugher mengatakan dia tidak pernah ada masalah sepanjang tempoh mengandung.

Sumber: Inside Edition

Loading...

Loading...
Shares