Ibu angsa meminta pertolongan polis untuk melepaskan anaknya yang terbelit tali

Misi pasukan polis adalah untuk memberikan perkhidmatan dan melindungi. Haiwan juga tidak terkecuali dari misi ini.

Seekor angsa di Ohio, Amerika Syarikat dengan sendirinya datang meminta pertolongan dengan Polis apabila anaknya terbelit dengan tali belon.

Sarjan James Givens memberitahu pemberita: “Saya sedang duduk di dalam kereta peronda di tempat letak kereta apabila saya terdengar seperti bunyi ketukan di sisi pintu kereta saya. Apabila saya melihat kebawah, saya terlihat seekor angsa. Pada mulanya saya berfikir angsa ini lapar dan meminta makanan. Saya membaling secebis roti, angsa itu tidak mempedulikan roti itu. Dia lalu berjalan kedepan dan saya pun mengekorinya ke arah anaknya yang terbelit dengan tali.

Sarjan Givens cuba untuk menghubungi SPCA tapi tiada jawapan. Dia kemudianya cuba mendapatkan bantuan melalui radionya. Cecilia Charron seorang anggota polis yang lain datang memberikan bantuan.

Sarjan Givens merakamkan detik itu dan meletakkannya di dalam facebooknya. “Ibu angsa itu menjarakkan diri dan ianya juga memastikan anaknya tenang semasa proses melepaskan anaknya itu. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini,” sambung Sarjan Givens.

Sumber: Inside Edition

Loading...
Shares