Hebat!! Popular Dan Viral Di Jepun, Cosplayer Dari Perlis Ini Mampu Meniru Banyak Watak Anime Walaupun Berhijab – 10 Gambar

Siapa yang minat dengan anime pasti tersangatlah tahu tentang Naruto, DragonBall, dan banyak lagi. Anime yang kebanyakannya  dari Jepun ini memang punya jutaan peminat di dunia ini.

Maka tidak hairan program TV atau apa jua acara yang menampilkan anime mudah mendapat sambutan ramai. Seorang gadis 21 tahun dari Perlis bernama Misa ini menarik perhatian ramai orang termasuk warga Jepun apabila sering memperagakan pakaian cosplay anime di internet.

Dia yang menggunakan nama Malaysia Hijab Cosplay telah menarik media dari Jepun, Taiwan, Indonesia dan negara lain untuk menulis tentang dirinya kerana berjaya membawa banyak watak dalam gambarnya yang meniru anime popular walaupun berhijab.

Kebanyakan solekan dan pakaian yang di gunakan sangat menarik dan menjadi.

Adik ini mendapat pujian ramai di mana untuk berkarya dan melakukan apa yang di minatinya, dia masih dan tetap menjaga auratnya dengan baik sehinggakan ramai orang luar kagum dengan bakatnya itu.Syabas !

 

Sumber kisahdunia melalui HimpunanMedia!

Loading...
Loading...
Shares