Gigi Berlapis Menjadi Trend Kegilaan Gadis Jepun

Meskipun terkenal dengan sikap sopan dan rajin mereka, masyarakat di Jepun juga turut terkenal dengan sikap pelik dan aneh mereka.

Sekiranya di Thailand dan mana-mana negara Asia yang lain, trend memakai pendakap gigi ataupun braces bagi mendapatkan gigi yang rata cukup terkenal di kalangan gadis-gadis tempat, namun di Jepun, lain pula halnya.

Di Jepun, gadis-gadis di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring atau dilebih dikenali sebagai Yaeba teeth. Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal.

Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).

Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.

Loading...

Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.

Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.

Loading...
Shares