GEMPAKK!!! Bermodalkan RM500, Lelaki Ini Berjaya Bina Motosikal Khas Redah Banjir

PASIR PUTEH –  Seorang lelaki yang merupakan pengusaha dan pembekal barangan aluminium dan cermin di Kampung Bukit tanah, Selising dekat sini, mencipta motosikal khusus untuk mengharungi banjir.

Amin Mohamed, 31, menggunakan imaginasi dan kreativiti tinggi hingga mampu menyiapkan motosikal tersebut dengan bermodalkan wang sebanyak RM500 sahaja.

Amin yang telah sejak awal tahun merancang untuk mencipta motosikal ini berkata, motosikal tersebut menngunakan enjin Honda C70 dengan satu tayar motosikal di depan serta dua tayar kereta di belakang yang membolehkannya mengharungi banjir sedalam satu meter.

“Saya buat lakaran reka cipta motosikal ini atas kertas Januari lalu dan mula membuatnya sedikit demi sedikit pada waktu terluang.

“Saya hanya guna bahan terbuang dan bahan sedia ada kerana saya perlu elak kos tinggi. Ciptaan ini bukan untuk meraih keuntungan, hanya untuk kepuasan diri,” jelasnya.

Bagaimanapun jelasnya, penambahbaikan perlu dilakukan bagi membolehkan ia mengharungi  air yang lebih dalam.

“Kalau ikutan, motosikal ini belum siap sepenuhnya tapi saya tak sabar untuk mengujinya bila beberapa kawasan di Selising ini dilanda banjir semalam (kelmarin),” katanya.

Semenjak rakaman video dan gambar motorsikal ini tular di laman sosial, rumah Amin menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat sendiri kenderaan tersebut selain dari menerima banyak pesanan di akaun Facebook yang berminat untuk mengetahui ciptaannya dengan lebih lanjut.

“Motosikal istimewa itu bukan saja mampu mengharungi air, malah ia dicipta untuk aksi lasak dengan kesesuaian kepada semua jenis permukaan jalan.

“Saya akan pasang beberapa aksesori selepas ini untuk mencantikkan lagi ciptaan saya serta menambah fungsi sampingan yang difikirkan perlu,” akhirnya.

Sumber- Sinar Harian via GetAViral

Loading...

Loading...
Shares