Gambaran Kesan Melecur Pada Badan Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain..

Bedah siasat pada jasad Zulfarhan menunjukkan dia memiliki kesan melecur tahap dua dan tiga pada 80% tubuhnya, manakala rusuk kirinya patah. Kesan melecur dengan corak seterika wap ini didapati pada keseluruhan tubuhnya, termasuk di alat sulit.

Gambar kedua Dan ketiga adalah gambaran kesan melecur tahap 2 dan 3

#1

#2

 

Ini akan terjadi jika kita ada MELECUR TAHAP 3. Bayangkan kesakitan yang dialami oleh arwah.

Loading...

Kronologi kes dera sampai mati pegawai kadet laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain…

13 Mei : Mangsa dipukul kali pertama di Bangunan Jebat Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya.

20 Mei : Mangsa dipanggil sekumpulan pelajar ke bilik 4-10 Bangunan Jebat Asrama UPNM pada jam 3 pagi untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer riba itu. Mangsa menafikan tuduhan itu sebelum dibelasah beramai-ramai antara 20 dan 30 pelajar menggunakan saterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga jam 11 pagi, 21 Mei.

27 Mei : Mangsa dalam keadaan lemah dibawa untuk mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan sendiri berikutan semua pelajar bercuti awal Ramadan. Dia dibawa ke sebuah klinik swasta di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Selepas menerima rawatan, mangsa dibenarkan pulang dan diarah menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.

31 Mei : Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di tingkat 25, Blok B Centrium Residences di Bangi untuk berehat oleh dua suspek utama yang membulinya.

1 Jun : Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium yang sama sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis. Mangsa dibawa ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum disahkan kematiannya.

Innallilah ..

 

Loading...
Shares