Gambar Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Mawar Rashid. Cantik Dan Meriah!

Malam tadi, telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan Mawar Rashid dan Raf Yaakob di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu, Mawar telah menggayakan gaun rekaan Cosry, manakala tatarias disempurnakan oleh Bee Ramza. Rambut Mawar digayakan oleh Syuq Kadir.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

Loading...

 

Antara rakan selebriti yang hadir ialah si jelita Uqasha Senrose dan teman lelaki, Hefny Sahad. Turut hadir ialah Hisyam Hamid dan isteri, Michael Ang, Kamal Adli dan Emma Maembong, Mejar David Teo dan isteri, Adeline Tsen, Puteri Aishah, Syamim Farid dan Raysha Rizrose.

Tahniah diucapkan buat Mawar dan Raf, semoga berbahagia dalam melayari bahtera perkahwinan.

Mawar, 22, dan Raden atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob, 32, dinikahkan oleh Iman Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Mohamad Azri Ahmad Kamil
pada 9 November lepas di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Gambar: Mejar David Teo via BeautifulNara

Loading...
Shares