Fazura Terkejut Dengan Tindakan Fattah Amin

Pelakon jelita Fazura terkejut apabila menerima 500 kuntuman bunga mawar berwarna merah jambu dan putih pada hari kelahirannya yang ke-34.

Ternyata fazura terkejut dengan pemberian itu apatah lagi ianya diberi oleh pelakon kacak Fattah Amin.

Fazura meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktor gandingannya dalam drama Hero Seorang Cinderella itu membuat kejutan istimewa pada hari jadinya.

Ini pendedahan Fazura:

“Terkejut sangat, saya ingat hadiah bunga itu daripada ibu saya tapi rupa-rupanya pemberian Fattah Amin.

“Dia memang suka buat kejutan begini, sebelum majlis ini berlangsung dia ada bagi ucapan, tak sangka pula ada bunga menyusul.

“Ini bukan kejutan yang pertama, sebelum ini dia pernah memberi bunga kepada saya semasa acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW),”

Loading...

Kejutan itu dibuat oleh peminat dan juga wakil Fattah Amin. Aktor itu tidak hadir kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Imbas kembali, semasa birthday Fattah Amin, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah, ketika itu Fazura berada di New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Pelakon filem Pisau Cukur ini turut mengakui Fattah merupakan lelaki yang paling dekat dengan dirinya ketika ini.

Sumber: mStar melalui BeritaMemey

 

Bawa Fazura jumpa keluarga, Fattah Amin berserah pada jodoh

AKTOR Fattah Amin akui sudah beberapa kali membawa pelakon Nur Fazura berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya.
Fattah berkata dia gembira kerana keluarganya menerima Fazura dengan baik.


“Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (semalam).
“Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik.

“Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini.

“Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Fattah Amin ditemui ketika sambutan hari jadinya dan Fazura sempena Fattzura Birthday Bash yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam.

Sambutan hari jadi itu diadakan khas oleh pihak pengurusan Fattah untuk diraikan bersama kelab peminat Fattzura.

Turut hadir bersama adalah ahli keluarga Fattah yang duduk bersebelahan meja pasangan itu.

Fazura mengambil kesempatan berjumpa keluarga Fattah serta bersalaman dan berpelukan dengan ibu aktor tersebut.

Sementara Fattah ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan Fazura, pelakon Wanita Terindah itu memberitahu dia hanya berserah kepada jodoh.

“Hubungan kami baik, itu sahaja yang boleh saya beritahu.

“Saya tahu ramai peminat mahu kami bersama, namun saya hanya menerima sahaja doa yang baik-baik daripada mereka.

“Selebihnya saya hanya berserah kepada jodoh,” katanya lagi.

Selepas Hero Seorang Cinderella pasangan ini bakal muncul dalam sebuah supertelemovie terbaharu, Wanita Terindah.

Sumber astroawani

Loading...

One thought on “Fazura Terkejut Dengan Tindakan Fattah Amin

Comments are closed.

Shares