Di bawah limpahan air pun anda boleh menjamu selera!

Jika anda sedang merancang suatu pengembaraan alam semula jadi yang menyeronokkan, ditambah pula dengan sajian makanan yang enak, anda harus tahu akan kewujudan tempat ini. Tidak perlu disangkal lagi, ia merupakan satu-satunya restoran di Filipina yang terletak betul-betul menghadap pangkal jatuhan air terjun!

Restoran Air Terjun Labassin (Labassin Waterfalls Restaurant) dibina di atas tapak yang dahulunya merupakan sebidang ladang kelapa di bandar San Pablo. Restoran ini semakin dikenali dikalangan penduduk tempatan mahupun pelancong asing kerana konsep dan lokasinya yang lain dari yang lain.

Restoran ini semestinya memberi pengalaman berbeza!

Kredit: daelive

Menurut Daily Mail, susunan meja buluh yang diletakkan berhadapan pangkal jatuhan air terjun mampu membangkitkan rasa keterujaan pengunjung restoran untuk bermain air.

Dengan latar yang unik, pengunjung boleh terus bermain air selepas menjamu selera. Jika anda mengelak untuk bermain air sekalipun, anda seadanya sudah pun basah lencun.

Untuk pengetahuan, air terjun Labassin  dikategorikan sebagai air terjun buatan manusia kerana ia sebenarnya adalah limpahan air yang tidak mampu dibendung empangan berhampiran. Latanya juga dibina cantik.

Loading...

Sebaik sahaja selesai makan, anda boleh bermain air.

Kredit: j.urrix

Untuk sampai ke restoran air terjun tersebut, anda perlu memandu sekitar 3 jam dari Manila. Sejurus tiba di Villa Escudero Resort, anda perlu menunggang kereta kerbau menuju ke restoran.

Pengalaman menuju ke restoran juga merupakan pengembaraan menakjubkan bagi para pengunjung.

Kredit: jespanola_travel

Menurut seorang pengguna Instagram, “Tidak ramai yang pernah menjamu selera sambil berkaki ayam di tengah terjunan air. Ternyata, anda boleh berbuat begitu di air terjun Labassin di Filipina.”

Restoran tersebut menghidangkan sajian secara buffet dengan pelbagai pilihan makanan citarasa tempatan.

Kredit: daisythefoodie

Tiada sudu dan garfu disediakan. Anda perlu makan dengan tangan.

Kredit: hungrycakes

Era Baru

Loading...
Shares