Dengan Berat Hati Saya Umumkan Majlis Perkahwinan Saya Dibatalkan – Hans Isaac

Khabar angin keretakan hubungan antara Datuk Hans Isaac dengan tunangnya Gabrielle Robinson terjawab apabila aktor tersebut memberitahu tentang pembatalan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai lalu sebelum ditunda kepada tarikh yang tidak dimaklumkan.

Menurut laporan dari mStar Online, Hans, 46 menyatakan keputusan untuk membatalkan perkahwinannya dengan model tersebut dibuat setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Februari lalu.

“Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

“Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut,” katanya

Sementara itu, Hans juga memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.

Sebelumnya, Hans menafikan desas desus khabar angin pertunangan dengan Gabrielle sudah berakhir selepas kedua-dua mereka dilihat memadam kesemua gambar bersama di laman Instagram.

Sumber: Siakapkeli melalui Sehinggit

Loading...

Loading...

One thought on “Dengan Berat Hati Saya Umumkan Majlis Perkahwinan Saya Dibatalkan – Hans Isaac

Comments are closed.

Shares