Cara Ngeri Memotong Kemaluan Sida Kota Larangan!

Sida Maharaja merupakan orang suruhan maharaja atau maharani. Mereka merupakan golongan misteri yang kebanyakannya datang dari keluarga miskin. Sesetengah sida mempunyai pengaruh yang kuat dalam istana, sehingga menjadi ‘lidah’ maharaja.

Tapi untuk menjadi sida diraja memerlukan pengorbanan besar yang kadangkala boleh meragut nyawa! Mereka harus dikembiri secara total, iaitu membuang seluruh zakar termasuk testis!

Bagi kanak-kanak lelaki yang masih kecil, mereka biasanya berasal dari keluarga miskin yang sangat terdesak. Ibubapa akan menjual salah seorang anak lelaki mereka kepada orang lain atau mahkamah diraja.

Ada juga pemuda dewasa yang secara sukarela ingin menjadi sida sebagai cara untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Sebelum bergelar sida, seseorang lelaki itu harus dikembiri. Biasanya ia dilakukan pada musim bunga atau awal musim panas untuk mengelak cuaca panas dan sejuk, nyamuk, lalat dan sebagainya.

Calon sida akan berjumpa dengan ‘tukang bedah’ di sebuah pondok di luar pagar istana. Dia akan diberikan candu kemudian kemaluannya dilumur dengan air cili yang panas. Sebelum kerja memotong dilakukan, tukang bedah akan bertanya beberapa soalan: “Adakah kau rela dikembiri?”, “Sudah terlambat untuk berpatah balik,”, “Kau akan mati tanpa zuriat.”

Loading...

Jika calon merasa ragu-ragu, proses pengembirian tidak akan dijalankan. Jika calon sudah nekad, pisau bedah akan dibakar untuk mengelak jangkitan, kemudian kemaluan yang sudah dilumur dengan air cili akan dipotong semuanya!

Bulu angsa dimasukkan sedikit ke dalam saluran kencing supaya ia tidak terkatup semasa proses penyembuhan. Mereka tidak dibenarkan minum air selama tiga hari.

Mengikut pengalaman Sida terakhir Kota Larangan, semasa dikembiri dia tidak sedarkan diri selama tiga hari dan mengambil masa tiga bulan untuk mampu berjalan semula. Biasanya mereka pulih sepenuhnya dalam tempoh 100 hari.

Terdapat juga kaedah lain untuk mengembiri. Sesetengah ibubapa yang mahu anak mereka menjadi sida akan mengupah ‘amah istimewa’ untuk melakukan pengembirian. Sejak bayi amah tersebut akan memicit testis bayi secara lembut dan berterusan.

Ia dilakukan tiga kali sehari, di mana picitan dilakukan semakin kuat hari demi hari. Akhirnya kemaluan akan menjadi kecil dan tidak berfungsi. Perlahan-lahan fizikal kanak-kanak tersebut berubah menjadi lebih lembut seperti wanita.

Apabila semuanya berjalan dengan lancar, mereka layak untuk tinggal di dalam istana diraja dan digelar sida. Di samping tidak mampu berketurunan dan berkahwin, sida juga terkenal dengan bau yang kurang menyenangkan kerana masalah pengeluaran kencing yang tidak terkawal

Kini golongan ini telah pupus selepas Maharaja terakhir Kota Larangan Pu Yi digulingkan oleh Mao Tze Tung. Sida terakhir yang sempat dibukukan kisahnya bernama Sun Yaoting meninggal dunia pada tahun 1996 dalam usia 93 tahun.

 

Sumber: PakBelalang

Loading...
Shares