Bunga Citra Lestari Sambut Hari lahir Anak Bertemakan Harry Potter

Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan pasangannya Ashraf Sinclair  telah mengadakan sebuah majlis besar-besaran dan meriah bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke tujuh buat anak lelaki kesayangan mereka iaitu Noah.

Majlis yang sememangnya cukup meriah itu telah hadiri keluarga, teman-teman rapat dan ibu bapa Bunga, menghangatkan lagi suasana sambutan hari jadi pada hari Ahad yang lalu.

Mungkin kerana Noah terlalu sukakan Harry Potter, Bunga dan Ashraf telah sepakat memilih filem popular tersebut sebagai tema bagi majlis sambutan hari jadi anaknya.

Menerusi entri di Instagram milk Bunga, beberapa foto dikongsikan dengan peminatnya. Noah yang menyerupai Harry Potter dengan memakai kaca mata bulat dan memegang tongkat sihirnya sepanjang acara majlis itu berlangsung.

Noah juga kelihatan amat gembira sekali bermain dan berseronok bersama rakan-rakan yang turut menyarungkan busana filem popular itu.

Selain itu, di ruangan komen di laman instagram milik Bunga juga turut dipenuhi dengan ucapan selamat hari jadi dari para peminat yang tidak putus-putus memuji kecomelan dan telatah Noah yang sentiasa mencuit hati itu.

Perkongsian pelantun lagu Wanita Terbahagia itu telah menerima lebih daripada 30,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata Bunga mirip karakter Bellatrix Lestrange. Sama dengan suaminya, memilih karakter Sirius Black.

Loading...

Jom lihat beberapa gambar Noah di sepanjang majlis sambutan hari jadinya.

Sumber MediaHiburan

Loading...

One thought on “Bunga Citra Lestari Sambut Hari lahir Anak Bertemakan Harry Potter

Comments are closed.

Shares