Bila Umur Paling Sesuai Untuk Pakai Produk Anti Penuaan?

Setiap kali ke mana-mana stor kecantikan untuk mendapatkan produk kecantikan pasti mata tertancap dengan rangkaian produk-produk anti penuaan. Rasa pelik pula bila agaknya untuk pakai produk anti penuaan. Jika pakai terlalu awal takut tidak sesuai tapi kalau pakai lewat takut pula sudah terlambat. Rungsing kan?

Jadi bila dan apa kelainan produk anti penuaan dengan produk biasa? Adakah ia benar-benar berkesan atau ia hanya untuk memenuhi pasaran sahaja? Ishhhh banyaklah persoalannya!

Persoalan paling utama ialah bila dan umur yang paling elok untuk menggunakan rawatan anti penuaan?
Jawapan: Boleh digunakan seawal umur 21 tahun

Ya, seawal umur 21 tahun anda dah boleh mula menggunakan produk anti penuaan tapi pentingnya memilih produk yang paling sesuai dengan jenis kulit anda. Kebiasaanya formula dalam produk anti penuaan tinggi dengan antioksida. Selain itu, anda kena mula dengan krim pelembab dan krim pelindung matahari! Ingat kerap terdedah pada sinaran matahari boleh mempercepatkan proses penuaan.

Foto – Fashion Corner
Jenis formula dalam produk anti penuaan? 
Jawapan: Umumnya ia diformulasi untuk jenis kulit kering

Mudah untuk mereka yang sememangnya kulit kering kerana ia tidak akan meninggalkan kesan agresif pada kulit. Namun untuk si kulit berminyak atau kombinasi, anda boleh menghadkan kepada produk serum atau krim sahaja. Ianya untuk mengelak pori-pori kulit tersumbat atau breakouts.

Foto – Dr. Oz
Kenapa rangkaian produk anti penuaan khas untuk kulit kering? 
Jawapan: Masuk sahaja umur 40, 50 tahun ke atas, kalenjar kulit kurang menghasilkan minyak dan menyebabkan kulit lebih kering. 

Malah masalah jerawat pun hilang! Akan tetapi kulit kering lebih menonjolkan kedutan dan garis halus. Saat inilah anda harus menggunakan produk dari kategori yang kaya dengan antioksida dan ceramides. Ianya berkesan untuk memberi kelembapan pada kulit. Selain itu, pilihan untuk pencuci muka pula tukarkan kepada formula yang lembut tanpa meninggalkan rasa kering.

Foto – Bash Wiser
Terakhir… 

Kunci yang paling terbaik untuk melambatkan penuaan selain menggunakan produk atau krim pelindung matahari ialah:

  • Ambil makanan yang kaya dengan antioksida, ia mampu mencegah penuaan dari dalam.
  • Sentiasa mengambil produk kecantikan bersesuaian dengan jenis kulit anda.
  • Elakkan dari terlalu kerap melakukan skrub muka atau menggunakan formula produk tinggi asid dalam serum atau pembersih muka. Ia boleh risiko kulit terdedah pada iritasi dan mempercepatkan penuaan kulit.

Friendly reminder: Cepat atau lambat proses penuaan sudah pasti menjadi sebahagian dalam hidup kita. Paling penting sekali ialah hadapinya dengan tenang dan sentiasa yakin apa jua perubahan yang berlaku. Jangan terlalu obses tentang luaran, ingat kesihatan dalaman juga mahu pakai lama.

Sumber Wanista

Loading...

Loading...
Shares