Berumur 6 tahun, budak ini menangis apabila mengetahui mengenai pencemaran alam.

Kebenaran itu pahit, itulah yang dipelajari oleh Henry Marr setelah dia melihat video berkenaan dengan pencemaran alam di sekolahnya. Dia masih menangis semasa dijemput oleh ibunya Allie Hall.

Selepas peristiwa itu, Henry Marr kini berhasrat untuk membersihkan bumi. Dan dia kini telah menerbitkan buku “Enjoy the Planet, Don’t Wreck It.”

Marr juga kini menjadi peronda di kawasan kejirannya bertujuan untuk menjaga haiwan-haiwan kecil dan juga untuk menghalang orang untuk membuang sampah di merata tempat. Sekiranya dia mendapati ada orang membuang sampah, dia akan meniup wiselnya.

Henry Marr bercita-cita untuk menjadi renjer hutan.

Sumber: Humankind & USAToday

Loading...
Shares