“Bertarung Nyawa Untuk Keluarga” – Aaron Aziz Terasa Hampir Dicabut Nyawa

Aaaron Aziz tampil dengan berita yang mengejutkan para peminatnya.

Menerusi sebuah kiriman di laman Instagram, aktor itu memuat naik foto yang menggambarkan dirinya sedang terlantar di katil hospital.

Dalam kaspyen, beliau menceritakan detik-detik cemas yang dialami ketika terasa nyawanya bagai hendak dicabut dan diambil Ilahi.

Segalanya bermula apabila suhu badannya naik mendadak pada malam terdahulu hingga membuatkan dia seakan mahu tumbang dan mati.

Luah Aaron, apa yang terakam di fikirannya ketika itu hanyalah anak-anaknya dan keluarga yang masih hidup.

Dia lantas memohon kepada Tuhan agar dipanjangkan usia kerana masih banyak urusan yang perlu diselesaikan.

aaron aziz terasa hampir dicabut nyawa 2

Menerusi ruangan komen rata-rata netizen tergamam dengan kisah yang dikongsikan aktor itu.

Loading...

Para pengikut mendoakan agar Aaron diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh.

Sumber Instagram Aaron Aziz & Iluminasi

Loading...

One thought on ““Bertarung Nyawa Untuk Keluarga” – Aaron Aziz Terasa Hampir Dicabut Nyawa

Comments are closed.

Shares