Bersarapan Dengan Susu Atau Jus Oren, Mana Lebih Penting?

Untuk mulakan hari anda, biasanya setiap orang memiliki pilihannya sendiri. Susu dan jus limau adalah dua minuman yang sering dijadikan teman sarapan.

Kedua minuman ini tentu ada pro dan kontranya masing-masing. Menurut majalah Women’s Health, Khamis (9/11/2017), lihat kelebihan dan kekurangan susu dan jus limau:

Jus Oren

Pro: Setiap satu gelas jus oren hanya mengandungi 110 kalori. Jus limau juga akan menyerap keperluan vitamin C harian yang diperlukan oleh tubuh.

Jus oren juga mengandung antioksidan kuat yang boleh melindungi kulit dari kerosakkan akibat cahaya matahari, dan pencemaran.

Kontra: Minum jus oren terlalu banyak boleh merosakkan enamel gigi. Jus oren mengikis enamel gigi sehingga 84% , setelah diminum selama setiap hari selama lima hari.

Susu

Pro: Segelas susu boleh memberi 20% protein yang diperlukan tubuh dalam satu hari, dan satu per tiga keperluan kalsium harian.

Loading...

Mereka yang minum susu di pagi hari cenderung makan tengahari lebih sedikit, kerana rasa kenyang yang disebabkan oleh protein.

Kontra: Kecuali anda minum susu yang benar-benar tanpa lemak, susu boleh mengandungi lemak. Lemak ini manjadikan risiko penyakit kardiovaskular dan menyumbang pada penyakit obesiti, seperti diabetes.

Jadi mana pilihan anda? Ke anda nak minum kedua-duanya sekali dalam setiap pagi?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Hangat via GetAViral

Loading...
Shares